Isnin, 29 November 2010


Destinasi Cinta
Artist: Mestica
Song Category: Nasyid


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

Puteriku Sayang

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

* Sebagai peringatan buat diri sendiri & sahabat-sahabat semua =D

Kongsi Buku...


Assalamualaikum...sekadar untuk berkongsi bahan bacaan sahaja...di bawah ini antara beberapa buah buku yang sue miliki dan sudah habis baca...sue bace buku-buku ni time cuti sem lepas ...dah lama beli tapi x sempat nak habiskan membaca...sekarang masih lagi berusaha untuk habiskan membaca sebuah buku yang baru dibeli sebelum exam baru-baru ni =D



Buku ini mengupas bukti-bukti sains yang membenarkan kandungan Al-Quran. Terdapat perbahasan tentang pelbagai aspek seperti penciptaan alam, kejadian manusia, pemakanan, matlamat hidup dan sebagainya.



Sebuah kisah yang memberikan banyak pengajaran dan panduan hidup untuk diri sue...best sangat cerita ni =D



Sebuah lagi buku yang memang sue minat baca...hasil penulisan daripada penulis terkenal...merupakan sebuah kisah yang dapat kita merasai seperti kita turut bersama-sama di zaman lampau bersama watak-watak yang terbabit dalam kisah ini...



Kisah yang diceritakan berkisar di negara Indonesia, Mesir & Syria...terdapat beberapa kalimah & lahjah yang boleh dipelajari daripada tiga buah negara tersebut...selain itu, terdapat penceritaan tentang pelbagai suasana dan masyarakat bagi ketiga-tiga negara itu...

Ahad, 28 November 2010

Kerisauan...


Jam 1:23 pagi…mata masih tak boleh terlelap lagi..kerisauan melanda diri...tiba-tiba on handset dapat suatu kata-kata dari seorang ukhti (syukran kak Wani =D) :-

“ Pada jalan berliku semoga ALLAH luruskan langkahmu..ketika langit dunia runtuh semoga ALLAH teguhkan akidahmu…ketika kesusahan datang semoga ALLAH kuatkan hatimu…ketika dilanda gelisah semoga ALLAH curahkan ketenangan dalam dirimu…semoga kasih-Nya sentiasa bersamamu…AMIN ”

Ya Allah, berikanlah diri ini petunjuk-Mu..kuatkanlah diri ini untuk menghadapi dugaan-Mu...semoga keputusan yang ku buat ini adalah keputusan yang betul... amin.

Selasa, 2 November 2010

Nota Kursus Taranum Al-Quran

Falsafah Taranum Al-Quran :

Melagukan bacaan al-Quran itu adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan pembacaan al-Quran yang bernilai tinggi, bagi menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T.

Peranan taranum dalam pembacaan Al-Quran :

Ø Untuk mencapai tahap tartil

Ø Sebagai penghormatan kepada status al-Quran

Ø Menambah khusyuk dan keinsafan

Ø Untuk mendapat rahmat

Ø Untuk menambahkan seni al-Quran

Takrif :

Nada : Tingkatan atau tekanan bunyi suara.

Rentak : Pergerakan menghidupkan bunyi suara.

Irama : Alunan atau bentuk bunyi.

Pembahagian lagu-lagu Taranum :

Taranum Arab Misri

Taranum Arab Hijazi

  • Taranum Arab yang berlahjah Mesir.
  • Dipengaruhi oleh suasana lembah Nil yang subur dengan suhu yang sederhana.
  • Irama dan rentaknya lembut dan sopan disamping nada suara yang sederhana manisnya.
  • Taranum Arab yang berlahjah Hijazi.
  • Dipengaruhi oleh suasana padang pasir yang berbukit bukau dengan suhu kepanasan yang tinggi.
  • Irama dan rentaknya lebih lincah disamping nada yang tinggi.

Hukum Melagukan (Bertaranum) Al-Quran :

Membaca Al-Quran secara berlagu adalah digalakkan didalam Islam. Namun begitu terdapat beberapa hukum dalam melagukan al-Quran iaitu :

1) Hukum Sunat :-

ü Dapat mempertingkatkan syi’ar Islam.

ü Dapat menarik perhatian orang ramai kepada al-Quran.

ü Dapat menarik minat terhadap pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

ü Dapat melahirkan ketinggian mukjizat al-quran.

2) Hukum Harus :-

ü Tidak mencacatkan al-Quran.

ü Tidak menghalang ketenangan beribadah.

ü Tidak menimbulkan fitnah.

3) Hukum Makruh :-

ü Menghalang ketenangan beribadah.

ü Menimbulkan fitnah.

ü Menghalang khusyuk dan tadabbur.

4) Hukum Haram :-

ü Merosakkan keaslian al-Quran.

ü Menjatuh dan menghina keutuhan al-Quran.

ü Menyeleweng matlamat ke arah yang dilarang syara’.

5) Hukum Fardhu Kifayah :-

ü Boleh mengurangkan kesalahan bacaan al-Quran.

ü Boleh menambahkan keelokan al-Quran.

ü Boleh menghilangkan keraguan terhadap al-Quran.

ü Boleh memantapkan kefahaman terhadap al-Quran.


Taranum Bayyati

Dr. Muhsin Salim, pensyarah Nagham Institut Ilmu al-Quran mengatakan, bahawa bayyati itu berasal daripada kata-kata bait yang bermakna “rumah”. Kemudian kata-kata itu digunakan dalam bentuk mubalaghah menjadi bayyat dan ditambah dengan huruf ya’ sehingga ia menjadi bayyati.

Dr. Sayid Agil Hussin al-Munawwar, salah seorang tokoh lagu yang terkenal dan ketua Jurusan Tafsir dan Hadith di Fakulti Ushuluddin, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) di Jakarta berpendapat bahawa kata-kata bayyati itu berasal dari nama suatu daerah di Iraq. Ia ditambah dengan huruf ya’ilah kerana menisbahkan kepada tempat itu. Oleh yang demikian, apabila bayyati ini dibawakan oleh orang-orang Syuria, maka ia dinamakan dengan Bayyati Syuri. Apabila ia dibawakan oleh orang-orang Mesir yang berasal dari daerah Hussain, maka ia dinamakan Bayyati Hussaini.

Kesimpulannya, bahawa yang dimaksudkan dengan bayyati yang sebenarnya tidaklah dapat diketahui dengan tepat, kerana tidak ada dalil-dalil dan petunjuk yang kuat yang dipegangi dalam masalah itu, selain daripada beberapa andaian yang belum pasti kebenarannya. Lagu Bayyati mula diperkenalkan ke Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1940.

Sifat-sifat Taranum Bayyati :

Ø Mempunyai kelembutan disamping ketegasan.

Ø Mempunyai kesesuaian dengan tabaqat sederhana.

Ø Mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan.

Ø Mempunyai kesesuaian dengan taranum pembukaan dan penutup.

Taranum Hijaz

  • Hijaz dari segi bahasa ialah nama bagi kawasan yang terletak di Negara Saudi.
  • Dari segi istilah pula iaitu nama bagi satu jenis alunan taranum yang dipopularkan oleh qari-qari hijazi mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir tandus, berbukit bukau dan berbatu pejal. Walau bagaimanapun tiada sesiapa yang mengetahui orang yang mula-mula memberi nama lagu ini dengan nama kawasan tersebut.
  • Yang jelas ialah bahawa lagu ini muncul dan berkembang di Hijaz. Kemudian lagu ini diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan Lembah Nil yang subur.
  • Taranum Hijaz yang berlahjah Misri adalah lebih lembut dan menarik serta bersesuaian dengan kelembutan Lughatul Quran.

Sifat-sifat Lagu Hijaz:

- Mempunyai gerak yang lambat, tetapi sangat berkesan.

- Iramanya tegas dan bersemangat.

- Dapat disesuaikan dengan sebarang tabaqah suara.

- Lebih sesuai digunakan untuk ayat-ayat yang berunsur perintah, larangan dan marah.

Peranan Taranum Hijaz:

- Memberi semangat kepada persembahan bacaan secara menyeluruh.

- Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

- Membawa kepada ketegasan nada dan kefasihan bacaan.

Taranum Nahawand

Lagu Nahawand berasal dari daerah Hamadan di Iran (Parsi). Lagu ini telah diubah suai dan digubah semula oleh para qurra’ Mesir. Lagu Nahawand ini berirama sedih, biasanya ia dibawakan selepas lagu Hijaz atau Soba.

Menurut tokoh-tokoh lagu al-Quran Nusantara ini, khususnya Nusantara bahagian selatan, lagu ini mempunyai tiga cabang lagu, iaitu :

1- Nahawand Asli.

2- Nakhriz.

3- ‘Usyaq.

Lagu Nahawand mempunyai gaya irama yang bersifat allegro, iaitu irama yang cepat dan ringan. Demikian juga dengan lagu ‘Usyaq tetapi agak berbeza dengan Nakriz yang berirama lambat dan mendayu-dayu. Gaya irama yang lembut dan syahdu ini menjadikan lagu Nahawand sangat menawan, menarik dan mengasyikkan. Oleh yang demikian, maqam Nahawand, terutama Nakriz dan ‘Usyaq memerlukan bayak getaran suara yang halus kerana lagu itu memang bersifat demikian. Kesimpulannya, lagu Nahawand ini memerlukan suara yang lembut, dapat menguasai nada suara yang tinggi dan memiliki getaran suara yang cukup baik.

Sifat-sifat Lagu Nahawand:

- Mempunyai gerak yang ringan.

- Lemah lembut dan mengharukan.

- Sesuai dengan tabaqah yang sederhana.

Peranan Taranum Nahawand :

- Melembutkan bacaan.

- Mendatangkan rasa khusyuk dan keinsafan.

- Memberi penyesuaian kepada ayat yang menunjukkan gembira atau sedih.

- Menjadikan sebutan huruf lebih fasih.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Sanah Helwah...

Alhamdulillah...tanggal 27 Oktober yg lalu genaplah umur sue 21 tahun. Allahuakbar...sekejap je umur semakin bertambah...alfu syukran sue ucapkan kepada semua sahabat2 & guru2 yg sudi memberi ucapan hari lahir...huhuhu, terharu sangat rasanye =D

Buat diriku :
Selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah.

Hasil daripada pembacaan sue dalam majalah Solusi isu 24 :

Tip2 Panjang Umur :
1- Amal Jariah
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal sahaja iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Ahmad).
Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai yang dia alirkan dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak." (Riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi).

2- Jihad
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati. Bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya." (Surah al-Baqarah 2: 154) Yang dimaksudkan dengan hidup di sini ialah hidup dalam alam yang lain yang bukan alam kita ini, di mana mereka mendapat kenikmatan2 di sisi Allah. Dan hanya Allah sajalah yang mengetahui bagaimana keadaan hidup itu.

3- Lailatulqadar
Umur umat Muhammad tidaklah panjang sangat jika dibandingkan dengan umat-umat sebelum kita. Namun usia yang singkat ini satu rahmat, jika berhasil menemui lailatulqadar. Apa tidaknya, beribadah pada malam tersebut ibarat beribadah seribu tahun. Jadi, hidup kejap tetapi amalan berganda.

4- Elak maksiat.

5- Perbanyakkan ketaatan.

6- Silaturahim
Orang yang menyambung silaturahim akan panjang usianya, insya Allah.

7- Doa
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t. supaya umur dipanjangkan. Bukan dengan lama hidup, tetapi dengan kualiti hidup. Apa guna jika hayat panjang tetapi masa terbuang dengan sia-sia. Ada yang umurnya pendek namun pencapaian memberangsang yang menyamai orang yang telah hidup lama.

8- Berbuat kebaikan
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak ditolak qadak kecuali dengan doa dan tidak bertambah umur kecuali dengan kebaikan." (Riwayat al-Tirmizi). Menurut al-Tirmizi, hadis ini hasan gharib.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Coretan Semasa Raya

Alhamdulillah, tahun ni dapat merasai lagi nikmat berpuasa & menyambut syawal bersama family...seronok & gembira yang x terkira!!!

Tahun ni juga sue dapat gelaran mak long...x sangka mak long ni dah ade dua orang anak sedara dua pupu yg sgt comel...dapat sepasang!!!

Walaupun raye tahun ni biase2 jerk, tapi tetap rase semangat nak menyambutnya sbb macam2 kuih tahun ni sue & adik2 tolong mak wat...antaranya kuih biskut kacang, kuih bahulu bakar, dodol, maruku & biskut2 lain....tahun ni cuma sue x wat kek jerk, sbb sue x cukup budjet nak beli bahan...heheheh...cume menu raye tahun ni kami x wat ketupat...klo x memang dah de job dah tuk menganyam ketupat...huhuhu...sampaikan pak sedara dari JB yg dtg pun komen, org bandar sanggup cari daun nak wat ketupat tapi org kampung yg senang nak cari daun pon leh masak ketupat mini jerk...hehehe...kan dah kena!!!

Seperti kebiasaan, kami satu family x kan kuar g mane2 beraye sampai seminggu raye sbb kena tunggu org dtg jerk...inilah caranya klo tinggal dgn nenek....kami kena tunggu sume anak2 nenek, cucu2, adik-beradik, cicit2 & jiran2 datang...klo sume ni dah dtg baru leh jln2...huhuhu...time ni ar x menang tangan kena tolong mak kat dapur...kejap2 basuh gelas, basuh pinggan, buat air & hidang makanan...huhuhu...tapi tetap rase meriah sbb kecoh jadinya satu rumah tue...

Selain itu, x sah juga klo sue & adik2 ni klo x main bunga api....biasanya memang akan main...abah memang rajin belikan tuk kami sume..biasanya abah akan bagi pada kami sume bile sume adik-beradik sue dah balik....baru adil!! so, biasanya sue dgn adik perempuan lg sorg akan dpt byk bunga api, tp adik yg lanang2 (lelaki) dpt byk mercun...paling best main waktu malam raye pertama & malam raye kedua..time tue mak & abah mesti duk kat beranda rumah tengok kita org main...time tue juga kita org akan lawan main mercun dgn dak2 sblh rumah, dpn rumah & sblh kampung...masing2 sibuk lawan sape punye yg paling kuat bunyinya...memang seronok time tue...hehehe...sue pun join sekaki (jgn x sangka)...

Coretan Sebelum Raya..

Alhamdulillah...selamat sudah diri ini menempuh bulan Ramadhan yg lps dgn tercapainya beberapa target yg ditetapkan...diri ini berasa sgt2 tenang & gembira dlm menunaikan ibadah dlm bulan barakah itu...

Pada 31 ogos yg lps , diri ini pulang ke kampung halaman bersama seorang sahabat semata2 untuk melawat SMAPR yg dirindui...Alhamdulillah, akhirnya pelbagai rintangan dpt kami tempuh sehingga tiba ke destinasi...kenangan dolu2 bersama adik2 semasa kami memegang tampuk kepimpinan muncul kembali....satu-persatu cerita dikisahkan sehingga membuatkan diri ini rindu sangat untuk kembali ke zaman itu....

Selesai ke SMAPR, kami ke rumah staf2 SMAPR pulak...mula2 g rumah kak Ani (Penyelia Asrama Puteri)....garang kak Ani ni dulu!!! tp tue dolu2 ar...pada ketika itu, sempat juga sahabatku bergambar bersama si comel, adik Hakimi (anak kak Ani)...selepas itu, kami dibawa pergi berjalan ke Bazar Ramadhan di pekan Parit Raja...Ya Allah, memang x disangka pekan tue dah jadi sesak sangat...bayangkan ada 3 tempat Bazar besar yg berdekatan je antara satu sama lain dlm sebuah PEKAN...memang sibuk sgt2...exspo raye pun dah mula masa tue...fuhh, mmg sesak!!!

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke rumah ustzh Ain & ustz Muhammad tuk berbuka bersama family ustzh & ustz...sebenarnya rancangan ini semata-mata untuk teringat kembali kenangan masa sekolah dulu, kami pernah dijemput berbuka pose di rumah mereka...memang best!!! satu jerk yg kami x leh lupe sebelum balik dari rumah mereka, ustaz tiba2 cakap begini, " Kamu berdualah pelajar saya yang pertama berani minta nak datang rumah saya & berbuka puasa sama2...sbb sebelum ni xde pun..." kami dgn ustzh senyum jerk mendengar kata2 ustz tue....

Ya Allah, rase memang malu sgt time tu...lepas tue ustz cakap lagi, " kamu berdua ni jerk saya puji sbb berani nak wat camni, klo pelajar lain x berani nak minta izin, terima kasihlah sebab sudi dtg...kami suka de pelajar yg masih ingat kami lagi..." hehehehe...nasib baik ustz ok..sbnrnye mmg tul pon...kami mmg nak sgt makan dgn family ustzh & ustz...jadi malu tu buang sikit jerk...lgpun ustzh pon kata ok jerk time kite org tanye...Alhamdulillah, kenangan terindah sbb sanggup ponteng kelas =>

Sabtu, 14 Ogos 2010


Tugasan Kursus Pemikiran Islam

Terdapat suatu ungkapan yang berbunyi ‘Tidak ada politik dalam agama, tidak ada agama dalam politik’ merupakan pandangan yang diberikan oleh golongan sekularisme.

Ungkapan tersebut telah diperincikan oleh Yusuf al-Qaradhawi dengan menyatakan bahawa sebenarnya pandangan ini telah terpengaruh dengan dakyah dan propaganda golongan sekularisme yang sememangnya mahu menyempitkan maksud agama kepada soal ritual dan peribadatan semata-mata. Sedangkan menurut kacamata Islam, politik seperti juga bidang lain, adalah suatu keperluan kerana ia berkaitan urusan manusia. Pada teorinya, politik adalah suatu ilmu yang memiliki kepentingan tersendiri, dan pada praktikalnya politik adalah suatu profesion yang memiliki kehormatan dan manfaat kerana ia berkaitan dengan usaha menangani urusan manusia dengan cara sebaik-baiknya[1].

Tambah beliau lagi, pemisahan antara agama dengan politik adalah konsep yang lahir daripada peradaban Barat pada Zaman Pertengahan. Bagi golongan Barat, agama tidak membawa apa-apa kebaikan kepada masyarat bahkan membawa masyarakat bertambah mundur dan jumud. Kelahiran tokoh politik Machiavelli menghapuskan unsur moral di dalam politik dengan pandangan ‘matlamat menghalalkan cara’[2].

Menurut Ibnu al-Qaiyyim pula, politik adalah suatu amal yang dengannya manusia boleh menjadi lebih dekat kepada kebaikan dan jauh daripada kerosakan, selagi ia tidak bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh syariat, bahkan politik adalah sebahagian daripada syariat[3].

Selain itu, Dr. V. Fitzgerald pula mengatakan bahawa Islam bukan sahaja agama tetapi ia merangkumi sistem politik. Meskipun pada dekad terakhir ini muncul sekelompok orang Islam yang mengaku berfikiran moden dan berusaha memisahkan agama dan politik, namun kedua-dua unsur itu tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain [4].

Dr. Schacht juga turut mengatakan bahawa Islam adalah agama yang meliputi perundangan dan politik. Dengan kata lain, ia adalah agama yang lengkap yang merangkumi agama dan negara[5].

Namun begitu, terdapat beberapa tokoh yang turut bersetuju dengan ungkapan tersebut antaranya Ali Abdul Raziq yang mengatakan Islam hanya agama dan tidak ada kaitan dengan isu-isu negara dan kehidupan. Selain itu, beliau menyatakan bahawa prinsip-prinsip pemerintahan Khalifah telah disalahertikan kerana Islam tidak menggariskan sebarang bentuk peraturan dalam menentukan kepimpinan politik ummah.[6].

Berdasarkan pandangan yang diberikan oleh tokoh-tokoh ini mengenai ungkapan tersebut, saya bersetuju bahawa politik di dalam Islam adalah amat penting dan tidak seharusnya ia dipisahkan. Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa politik adalah sesuatu yang dinamik dengan menjadikan syariat Islam iaitu al-Quran dan Sunnah sebagai sandaran utama. Selain itu, matlamatnya ialah membawa kejayaan kepada manusia, baik di dunia mahupun di akhirat. Politik dalam Islam juga tidak menghalalkan cara bagi mewajarkan matlamat.

[1] Yusuf al-Qaradhawi, (1999- halaman 12). Fiqh Daulah Dalam Perspektif al-Quran dan Sunnah.

[2] Yusuf al-Qaradhawi (1999- halaman 13). Fiqh Daulah Dalam Perspektif al-Quran dan Sunnah.

[3] Ibnu al-Qaiyyim (2002) – halaman 161). Pengajian Tamadun Islam : Institusi Politik Dalam Tamadun Islam.

[4] Dr. V. Fitzgerald. Muhammadan Law.

[5] Dr. Schacht. Sains Politik Islam.

[6] Ali Abdul Raziq, (1925). Al-Islam Wa Usul Al-Hukm (Islam dan Asas-asas Pemerintahan.


Daripada kelas Ustaz Saipol =D

Kisah ini adalah kisah nyata pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar (hak), iaitu pengalaman SALMAN AL FARISY

Marilah kita mendengar Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya.

Kata Salman, “Saya pemuda Persia, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapak saya Kepala Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Saya adalah makhluk yang paling disayangi ayah sejak saya lahir. Kesayangan beliau semakin bertambah besar sejalan dengan pertumbuhan diri saya, sehingga kerana teramat sa yangnya, saya dipingitnya di rumah seperti anak gadis.

Saya membaktikan diri dalam agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsa saya). Saya diangkat menjadi penjaga api yang kami sembah, dengan tugas menjaga api itu supaya menyala siang malam dan agar jangan padam walau pun agak sejenak.

Ayahku memiliki perkebunan yang luas, dengan penghasilan yang besar pula. Kerana itu beliau mukim di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari bapak pulang ke desa untuk suatu urusan penting. Beliau berkata kepadaku, “Hai anakku! Bapak sekarang sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus perkebunan kita hari ini menggantikan Bapak’’

Aku pergi ke perkebunan kami. Dalam perjalanan ke sana aku melewati sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sermbahyang. Suara itu sangat me narik perhatianku.

Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain. Kerana selama ini aku dikurung bapak di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapa saja. Maka ketika aku mendengar suara mereka, aku masuk ke gereja itu untuk mengetahui apa yang sedang mereka lakukan. Setelah kuperhatikan, aku kagum dengan cara sembahyang mereka dan ingin masuk agamanya.

Kataku, “Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami. “Aku tidak beranjak dari gereja itu sampai petang. Sehingga aku tidak jadi pergi ke perkebunan.

Aku bertanya kepada mereka, “Dari mana asal agama ini?”

“Dari Syam (Syria),” jawab mereka.

Setelah hari senja, barulah aku pulang. Bapak menanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.

Jawabku, “Wahai, Bapak! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku kagum melihat mereka sembahyang. Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu. Kerana itu aku senantiasa berada di gereja mereka sampai petang.”

Bapak memperingatkanku akan perubatanku itu. Katanya, “Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik. Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!”

Jawabku, “Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita.”

Bapak kuatir dengan ucapanku itu. Dia takut kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anut. Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu kakiku dengan rantai.

Ketika aku beroleh kesempatan, kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka, bila ada kafilah yang hendak pergi ke Syam supaya memberi tahu kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam. Mereka memberitahu kepadaku. Maka kuputus rantai yang membelenggu kakiku sehingga aku bebas. Lalu aku pergi bersama-sama kafilah itu ke Syam.

Sampai di sana aku bertanya kepada mereka, “Siapa kepala agama Nasrani di sini?”

“Uskup yang menjaga “jawab mereka.

Aku pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya, “Aku tertarik masuk agama Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan Anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama Anda.”

‘Masuklah!” kata Uskup.

Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.

Belum begitu lama aku membaktikan diri kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang jahat. Dia menganjurkan jama’ahnya bersedekah dan mendorong ummatnya beramal pahala. Bila sedekah mereka telah terkumpul tangan Uskup, disimpannya saja dalam perbendaharaannya tidak dibagi-bagikannya kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah menumpuk sebanyak tujuh peti emas. Aku sangat membencinya kerana perbuatannya yang memperkaya diri sendiri itu. Tidak lama kemudian iapun meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak mengu burkannya.

Aku berkata kepada mereka, ‘Pendeta kalian ini orang jahat. Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya kepada fakir miskin.”

Tanya mereka, “Bagaimana kamu tahu demikian?” Jawabku, “Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya.”

Kata mereka, “Ya, tunjukkanlah kepada kami!”

Maka kuperlihatkan kepada mereka simpanannya yang terdiri dan tujuh peti, penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka saksikan semuanya, mereka berkata, “Demi Allah! Jangan dikuburkan dia!”

Lalu mereka salib jenazah uskup itu, kemudian mereka lempari dengan batu. Sesudah itu mereka angkat pendeta lain sebagai penggantinya. Akupun mengabdikan diri kepadanya. Belum pernah kulihat orang yang lebih zuhud daripadanya. Dia sangat membenci dunia tetapi sangat cinta kepada akhirat. Dia rajin beribadat siang malam. Kerana itu aku sangat menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.

Ketika ajalnya sudah dekat, aku bertanya kepadanya, “Wahai Bapak! Kepada siapa Bapak mempercayakanku seandainya Bapak meninggal. Dan dengan siapa aku ha rus berguru sepeninggal Bapak?”

Jawabnya, “Hai, anakku! Tidak seorang pun yang aku tahu, melainkan seorang pendeta di Mosul, yang belum merubah dan menukar-nukar ajaran-ajaran agama yang murni. Hubungi dia di sana!”

Maka tatkala guruku itu sudah meninggal, aku pergi mencari pendeta yang tinggal di Mosul. Kepadanya kuceritakan pengalamanku dan pesan guruku yang sudah me ninggal itu.

Kata pendeta Mosul, “Tinggailah bersama saya.”

Aku tinggal bersamanya. Ternyata dia pendeta yang baik. Ketika dia hampir meninggal, aku berkata kepada nya, “Sebagaimana Bapak ketahui, mungkin ajal Bapak sudah dekat. Kepada siapa Bapak dapat mempercayakan ku seandainya Bapak sudah tak ada?”

Jawabnya, “Hai, anakku! Demi Allah! Aku tak tahu orang yang seperti kami, kecuali seorang pendeta di Nasibin. Hubungilah dia!”

Ketika pendeta Mosul itu sudah meninggal, aku pergi menemui pendeta di Nasibin. Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta pesan pendeta Mosul.

Kata pendeta Nasibin, “Tinggallah bersama kami!”

Setelah aku tinggal di sana, ternyata pendeta Nasibin itu memang baik. Aku mengabdi dan belajar kepadanya sampai dia wafat. Setelah ajalnya sudah dekat, aku berkata kepadanya, “Bapak sudah tahu perihalku Maka kepada siapa Bapak dapat mempercayakanku seandainya Bapak meninggal?”

Jawabnya, “Hai, anakku! Aku tidak tahu lagi pendeta yang masih memegang teguh agamanya, kecuali seorang pendeta yang tinggal di Amuria. Hubungilah dia!”

Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria itu. Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.

Katanya, “Tinggallah bersama kami!

Dengan petunjuknya, aku tinggal di sana sambil mengembala kambing dan sapi. Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya, aku berkata kepadanya, “Anda sudah tahu urusanku. Maka kepada siapakah lagi aku akan anda percayakan seandainya Anda meninggal dan apakah yang harus kuperbuat?”

Katanya, “Hai, anakku! Setahuku tidak ada lagi di muka bumi ini orang yang berpegang teguh dengan agama yang murni seperti kami. Tetapi sudah hampir tiba masanya, di tanah Arab akan muncul seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama Nabi Ibrahim. Kemudian dia akan pindah ke negeri yang banyak pohon kurma di sana, terletak antara dua bukit berbatu hitam. Nabi itu mempunyai ciri-ciri yang jelas. Dia mahu menerima dan memakan hadiah, tetapi tidak mahu menerima dan memakan sedekah. Di antara kedua bahunya terdapat cap kenabian. Jika engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!”

Setelah pendeta Amuria itu wafat, aku masih tinggal di Amuria, sehingga pada suatu waktu serombongan saudagar Arab dan kabilah “kalb” lewat di sana. Aku berkata kepada mereka, “Jika kalian mahu membawaku ke negeri Arab, aku berikan kepada kalian semua sapi dan kambing-kambingku.”

Jawab mereka, “Baiklah! Kami bawa engkau ke sana.”

Maka kuberikan kepada mereka sapi dan kambing peliharaanku semuanya. Aku dibawanya bersama-sama mereka. Sesampainya kami di Wadil Qura aku ditipu oleh mereka. Aku dijual mereka kepada seorang Yahudi. Maka dengan terpaksa aku pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya sebagai budak belian. Pada suatu hari anak paman majikanku datang mengunjunginya, iaitu Yahudi Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya kepada majikanku. Aku pindah dengan majikanku yang baru ini ke Yatsrib. Di sana aku melihat banyak pohon kurma seperti yang diceritakan guruku, Pendeta Amuria. Aku yakin itulah kota yang dimaksud guruku itu. Aku tinggal di kota itu bersama majikanku yang baru.

Ketika itu Nabi yang baru diutus sudah muncul. Tetapi beliau masih berada di Makkah menyeru kaumnya. Namun begitu aku belum mendengar apa-apa tentang kehadiran serta da’wah yang beliau 1ancarkan kerana aku selalu sibuk dengan tugasku sebagai budak. Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah pindah ke Yatsrib. Demi Allah! Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon kurma melaksanakan tugas yang diperintahkan majikanku. Dan majikanku itu duduk di bawah pohon. Tiba-tiba datang anak pamannya mengatakan, “Biar mampus Bani Qaiah! Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di Quba’ menyambut kedatangan laki-laki dari Makkah yang menda’wahkan dirinya Nabi.”

Mendengar ucapannya itu badanku terasa panas dingin seperti demam, sehingga aku menggigil kerananya. Aku kuatir akan jatuh dan tubuhku bisa menimpa ma

1) Wadil Qura, sebuah lembah antara Madinah dan Syam.

2) Bani Qailah, iaitu kabilah Aus dan Khazraj

jikanku. Aku segera turun dari puncak ponon, lalu bertanya kepada tamu itu, “Apa kabar ANda? Cobalah kabarkan kembali kepadaku!”

Majikanku marah dan memukulku seraya berkata, “Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!”

Besok kuambil buah kurma seberapa yang dapat kukumpulkan. Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah.

Kataku “Aku tahu Anda orang saleh. Anda datang bersama-sama sahabat Anda sebagai perantau Inilah sedikit kurma dariku untuk sedekah bagi Anda. Aku lihat Andalah yang lebih berhak menerimanya daripada yang lain-lain.” Lalu aku sodorkan kurma itu kehadapannya.

Beliau berkata kepada para sahabatnya, “silakan kalian makan,…!” Tetapi beliau tidak menyentuh sedikit juga makanan itu apalagi untuk memakannya.

Aku berkata dalam hati, “Inilah satu di antara ciri cirinya!”

Kemudian aku pergi meninggalkannya dan kukumpulkan pula sedikit demi sedikit kurma yang dapat kukumpulkan. Ketika Rasulullah pindah dari Quba’ ke Madinah, kubawa kurma itu kepada beliau.

Kataku, “Aku lihat Anda tidak mahu memakan sedekah. Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk Anda.”

Rasulullah memakan buah kurma yang kuhadiahkan kepadanya. Dan beliau mempersilakan pula para sahabatnya makan bersama-sama dengan dia. Kataku dalam hati, “ini ciri kedua!”

Kemudian kudatangi beliau di Baqi’, ketika beliau mengantarkan jenazah sahabat beliau untuk dimakamkan di sana. Aku melihat beliau memakai dua helai kain. Setelah aku memberi salam kepada beliau, aku berjalan mengitari sambil menengok ke punggung beliau, untuk melihat cap kenabian yang dikatakan guruku. Agaknya beliau tahu maksudku. Maka dijatuhkannya kain yang menyelimuti punggungnya, sehingga aku melihat dengan jelas cap kenabiannya.

Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang baru diutus itu. Aku langsung menggumulnya, lalu kuciumi dia sambil menangis.

Tanya Rasulullah, “Bagaimana kabar Anda?”

Maka kuceritakan kepada beliau seluruh kisah pengalamanku. Beliau kagum dan menganjurkan supaya aku menceritakan pula pengalamanku itu kepada para sahabat beliau. Lalu kuceritakan pula kepada mereka. Mereka sangat kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.

Berbahagilah Salman Al-Farisy yang telah berjuang mencari agama yang hak di setiap tempat. Berbahagialah Salman yang telah menemukan agama yang hak, lalu dia iman dengan agama itu dan memegang teguh agama yang diimaninya itu. Berbahagialah Salman pada hari kematiannya, dan pada hari dia dibangkitkan kembali kelak.

http://dakwah.info/buku-tarbiyyah/salman-al-farisy/

Isnin, 9 Ogos 2010

Kenangan di Kuala Kangsar

Sue & Mak Cik

Sue & kak Fatrah di Galeri....

Bergambar di Ipoh Prade =D

Makan Laksa Kuala...

Bergambar di perkarangan madrasah

Seribu kenangan ketika buat R.O.S kat Kuala Kangsar...saje gi jauh2 tuk tengok tempat orang dan kenal2 dgn keluarga baru....selama dua minggu di rumah kak Fatrah memang pengalaman yang amat menyeronokkan...pengalaman ketika di Madrasah Idrisiah, di rumah opah, di Ipoh n mcm2 lagilah...

Sepanjang wat R.O.S di madrasah ni, memang best sbb guru2 semuanya sporting dan pemurah sbb selalu sgt belanja makan, hehehehe...pelajar2 pun semuanya baik dan mendengar kata...pengalaman ketika relief class memang best...aktiviti yang dibuat ketika relief class x lain x bukan ialah sembang2 dgn pelajar dan main soal jawab...biasanya tanya kat dia orang tentang asal masing2, cita2, klo de peluang gi blajo ke oversea nak gi mana...seronok sgt dapat merasai pengalaman ni sbb baru mula de feel n smgt tuk jadi " Cikgu " =O

Alhamdulillah, rasa sangat seronok sebab dapat makan makanan org kat sini iaitu Laksa Kuala Kangsar...2x makan dah...mmg sedap!!! pengalaman gi Galeri Sultan Azlan Shah pun best gak...cantik sgt tempatnya!!! hehehhe...

Selain itu, pengalaman gi Ipoh dgn GPK I dan seorang guru...time tu kami dijemput gi rumah Menteri Besar Perak yang mengadakan majlis untuk guru2 agama seluruh negeri Perak....seronok sgt sebab first time dapat rasa gi rumah menteri dan dapat gi kedai buku yg Prof. Bukhari selalu sebut kat kelas di Ipoh Prade...mmg murah buku2nya...sempat beli 2 buah buku tuk kenangan =>

Lagi satu, rasa bersyukur sangat sbb dpt menjejakkan kaki ke Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar...banyak kali jugaklah dpt gi sbb madrasah ni berhadapan dgn masjid tu jerk...hehehe
Selain itu, dpt mengelilingi Istana Sultan Perak yang memang dekat dgn madrasah ini gak...