“HIDAYAH CINTA” oleh : Ilham hamdani
Novel ini akan membawa pembaca di sebuah Negara yang terkenal dengan gelaran ‘Matahari Terbit’ iaitu Negara Jepun. Banyak tempat – tempat yang menarik dinyatakan dalam novel ini selain Universiti Ibaraki. Antaranya ialah Tasik Senba, Stesen Mito, Bandar Hitachi dan sebagainya.
Lelaki Jepun ada tiga kegilaan sukan, baik orang muda atau orang tua iaitu :-
1) Sukan tradisi sumo
2) Bola sepak
3) Yak yuu @ baseball
Cinta adalah pengorbanan, kesesuaian dan tolak ansur antara dua jiwa yang dicipta Tuhan dengan 1001 perbezaan. Dan percintaan adalah asas kepada perkahwinan.
Antara perkataan daripada bahasa Jepun :-
Okaasan – Ibu
Otousan – Ayah
Kocha – Teh hitam
Ocha – Teh Jepun
Nabe (masakan) – Hidangan claypot, khususnya semasa musim sejuk.
Sembei – Biskut yang diperbuat dari beras.
Onigiri – Nasi kepal berisi lauk @ sayur yg dibalut dgn rumpai laut.
Nashi – Buah pear.
Hashi – Penyepit ataupun chopstick.
Mikan – Limau mandarin.
Ebi mayo (sushi) – Udang yg dicampurkan dgn mayonis.
Okonomi yaki – Pancake Jepun yg ditabur kepingan ikan halus & sos.