




Hatim Al Asham pernah ditanya, “ Dari mana kamu makan?” Dia menjawab, “ Dari sisi Allah.” Dia ditanya lagi, “Apakah Allah menurunkan dinar & dirham untukmu dari langit?” Dia menjawab, “Seolah-olah Dia tidak memiliki kecuali langit? Padahal Dia memiliki langit & bumi. Maka jika dia tidak memberiku rezeki dari langit, Dia memberiku rezeki dari Bumi.” Dia lalu melantunkan syair
وَكَيْفَ أَخَافُ الْفَقْرَ وَاللهُ رَازِقِي
وَرَازِقُ هَذَا الخَلْقِ في العُسْرِ وَالْيُسْرِ
تَكَفَّلَ بِالْأَرْزَاقِ لِلْخَلْقِ كُلِّهِمْ
وَلِلضَّبِّ في البَيْدَاءِ وَالحُوتِ في البَحْرِ
Bagaimana aku takut miskin, sedangkan Allah-lah yg memberiku rezeki,
Dia-lah pemberi rezeki dalam keadaan sulit & mudah,
Dia menanggung rezeki semua makhluk secara keseluruhan,
Biawak di rawa & ikan di laut.
Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi S.A.W bersabda :
العِلْمُ عِلْمَانِ: عِلْمٌ فِي القَلْبِ، فذلك العلمُ النَّافِعُ، وعِلْمٌ في اللِّسَانِ، فذلك حُجَّةُ اللهِ تعالى عَلَى ابْنِ آدَمَ.
“ Ilmu itu ada dua macam, yang pertama adalah ilmu yang ada di dalam hati. Ilmu yang seperti inilah yang akan bermanfaat baginya. Sedangkan yang kedua adalah ilmu yang ada di lisan sahaja. Ilmu seperti inilah yang akan menjadi hujjah Allah nanti terhadap manusia.”
(Riwayat Al-Hakim dan At-Tirmidzi dari Al-Hasan secara mursal dengan sanad shahih)
Sebahagian penyair menyusun bait syair berikut :
مَكَارِمُ الْأَخْلاَقِ في ثَلاَثَةٍ
مَنْ كَمُلَتْ فِيْهِ فَذَلِكَ الْفَتَى
إِعْطَاءُ مَنْ تُحْرِمُهُ وَوَصْلُ
مَنْ تَقْطَعُهُ وَالعَفْوَ عَمَّنِ اعْتَدَى
Akhlak mulia itu ada 3 hal
Siapa yang memilikinya dengan sempurna maka itulah orang mulia;
Memberi kepada orang yang kau tidak mahu memberi kepadanya,
Menyambung hubungan dengan orang yang
Kau putusi hubungan dengannya dan memaafkan orang yang berbuat zhalim.
Sufyan bin Uyaimah meriwayatkan dari Asy – Sya’bi, dia berkata, “Sesungguhnya Jibril AS turun kepada Nabi S.A.W, lalu Nabi S.A.W bertanya kepada Jibril AS, ‘Apa ini wahai Jibril?’ Jibril AS menjawab, ‘Tidak tahu, hingga aku tanyakan kepada Yang Maha Tahu.’
- Dalam riwayat lain disebutkan, ‘Tidak tahu, hingga aku tanyakan kepada Tuhanku.’ – Jibril AS kemudian pergi beberapa saat, lalu dia kembali dan berkata, ‘Sesungguhnya Allah S.W.T memerintahkan kepadamu untuk memaafkan orang yang menzhalimimu, memberi orang yang tidak memberimu dan menyambung hubungan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu.’
Hadis ini disebutkan oleh Al-Alusi dalam Ruh Al-Ma’ani (3/188).