Di kesempatan waktu ini, sue nak kongsi sebuah cerita dengan sahabat2 tentang pesanan abah buat sue & adik2 tersayang sewaktu musim cuti persekolahan yang lepas...
Pesanan beliau berbunyi begini :-
"Nanti selepas akak dah abis belajar, kemudian dah kerja..abah nak ingatkan akak jangan sekali2 lupa mak & abah...walaupun dah berkahwin suatu hari nanti pun...jangan sekali2 lupa mak & abah..."
Erm...nak taw x camne leh dapat pesanan nie??? Ok, sue akan cerita kat sahabat2 semua yerk...dengar betul2 taw!!!
Abah cerita pada sue, ada seorang kenalan abah di kampung kami ni...pak cik ni mempunyai seorang anak perempuan yang telah berkahwin & telah mula bekerja...satu hari, pak cik nie td datang berjumpa dengan abah sue & minta kerja...abah sue nie rasa pelik lah sebab sebelum ni pak cik nie kata dia dah x nak kerja lagi apabila anak perempuannya dah mula bekerja...tapi apa yg sudah jd sekarang???
Pak cik td telah bercerita dengan abah sue tentang masalah yang sedang dihadapi...duit pencen bulanan daripada menjadi askar dulu x cukup untuk menampung perbelanjaan anak2nya yang masih ramai bersekolah...manakala anak yang diharapkan pula akan membantu, tidak berhasil....hanya angan2 sahaja...
Punca si anak perempuan tadi lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya ialah segala duit gajinya digunakan untuk keperluan sendiri & suami...duduk berasingan dengan suami dan hanya berjumpa di hujung minggu sahaja atas faktor lokasi tempat kerja yang berbeza....duit gaji pertama langsung tidak dapat dirasai oleh mak & ayahnya...apa tidaknya, bayar duit rumah sewa, bayar duit kereta baru beli itupun suami yang guna, bayar duit makan sendiri...
Pak cik nie cerita sebab sedih dengan perbuatan anak perempuannya...anak yang diharapkan dapat membantu untuk mengurangkan kesusahan yang dihadapi tidak menjadi kenyataan...anaknya seolah2 lupa akan tanggungjawab terhadap keluarga sendiri terutama ibu bapa selepas berjaya...yang paling kasihan, si ibu pula asyik menyatakan perasaan rindu nak berjumpa dengan si anak tadi sebab dah lama si anak tak balik ke kampung...TAMAT