Khamis, 27 Oktober 2011

Ulang Tahun lagi...

Sanah Helwah buat diri ku....

Selamat menambah amal ibadah kepada Ilahi...

Selamat untuk menjadi anak yang solehah, kak long yang penyayang & tholibah yang cermerlang...

Selamat untuk mempersiapkan diri dengan ilmu, akhlak yang mulia & budi pekerti yang cantik...

Selamat untuk menampilkan diri menjadi wanita muslimah demi meraih keredhaan Allah s.w.t...

Selamat untuk membuat sebarang pilihan dan keputusan....

Rabu, 26 Oktober 2011

Suara di Qalbu...



Perkhabaran itu datang lagi...

muncul secara tiba-tiba disaat diriku masih menanti....

menuntut aku memberikan sebuah jawapan...

membuatkan ku serba salah dan keliru...

walaupun didalamnya tersimpan sinar bahagia...

sabarlah duhai hati...

berbisiklah kepada Allah....

serahkan segalanya kepada Yang Maha Mengetahui....

mudah-mudahan jawapan yang benar akan ku peroleh...

Khamis, 6 Oktober 2011

Wajah-wajah yang ku rindui....

Hari terakhir beesama mereka...

Sewaktu membilang hari-hari terakhir...

Adik-adik yang 'sporting'....

Hasil kerja terakhir bersama mereka...

Jelas kelihatan keriangan dan kegembiraan...

Senyuman yang manis dan ikhlas....

Keceriaan....

Sewaktu latihan hafalan buat kali terakhir....

No comment..hehhehe

Inilah hasil kerja mereka....


Tatkala ku melihat wajah-wajah insan yang amat ku rindui....rasa sayu sangat hati ini...terkenang kembali kenangan bersama mereka...tiap-tiap hari ada keceriaan, keriangan, kegembiraan dan kebahagiaan yang dapat ku rasai apabila bersama mereka....merekalah insan-insan yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam persahabatan...pelbagai pengajaran dan iktibar yang dapat ku peroleh daripada mereka walaupun usia mereka lebih muda...Alhamdulillah, ku bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas segala kurniaan dan pemberian nikmat ini...ALHAMDULILLAH....