Ahad, 15 Januari 2012

Kongsi Buku....


Alhamdulillah...kali nie sue nak berkongsi dengan sahabat2 semua beberapa buah buku yang sue baru beli dalam bulan nie.....jom kita tengok :)


Kamus terbaru, Edisi Kedua keluaran Oxford....
(bagus kamus nie...banyak kalimah2 baru yg ada tambah...lebih tebal daripada edisi pertama...lagi best de bg cd sekali...)

Kamus " Al-Khalil " keluaran UIA....
(erm...kamus nie merupakan kamus Pendidikan Kontemporari)

Buku nie tentang Israiliyyat & hadis palsu keluaran JAKIM...
(kalau sahabat2 semua nak mengetahui maksud sebenar dan kisah2 yang berkaitan dengan Israiliyyat....bolehlah baca bahan ilmiah nie..)

Hasil nukilan penulis yang sue minat :)
( Dalam cerita nie mengetengahkan satu lagi bidang pekerjaan yang selama nie sue x pernah tahu pun...memang memberi maklumat tambahan kepada sue....tambahan lagi, penulis turut menggambarkan latar tempat dan lokasi cerita yang amat menarik....)

Novel keluaran baru tahun 2012....
( Jalan cerita yang baik...turut diselitkan dengan beberapa terjemahan ayat suci Al-Quran dan hadis serta kata2 ulama yang sesuai dalam setiap bab....)

Selasa, 3 Januari 2012

Final Exam for last year....

Assalamualaikum w.r.t. sahabat semua...sebenarnya sekarang sue dalam mood exam walaupun dalam musim menyambut tahun baru lagi....Alhamdulillah pagi nie sudah selesai menjawab first paper untuk maddah Tahlil An-Nas (Analisis dan Teks Wacana Arab)...sue harap mudah-mudahan bittaufiq wa najah....insya Allah, amin....

Pesanan seorang pensyarah kesayangan (pn. Nur Hidayah) buat kami =)

semoga semua pelajar saya berjaya dalam peperiksaan. teruskan perjuangan walaupun anda telah tamat pengajian di universiti. jadilah pendidik bukan pengajar semata-mata. tahun ini paling bermakna kerana pelajar saya mula mengatur langkah menjadi pendidik yang "sebenar"..