Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi atas segala kurniaan dan pemberian yang amat banyak kepada diriku ini. Kini, genaplah hampir tiga bulan arwah atok pergi buat selamanya. Suatu pemergian yang berlaku dalam sekelip mata. Sehingga saat ini, masih merindui arwah dan masih berasa arwah berada disisi. Masih lagi segar kenangan arwah yang ketika bercakap, bercerita, mengarah itu ini, mengajar satu persatu kerja dapur, meminta itu ini dan macam2 lagi..rindunya hati ini ya Allah!
Teringat lagi perbualan dengan arwah sehari sebelum hari arwah pergi, "Atok..atok kena cepat sihat taw...kalau atok cepat sihat boleh kita pergi buat umrah cepat". Arwah senyum dan hanya menjawab " Iyelah..nanti kau pergi laa dengan mak kau, atok ni dah tak lama, esok lusa dah nak mati". "Hisy, atok jangan cakap macam tu!! x baiklah....". Ku lihat atok senyum sahaja.
" Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala dosa arwah dan tempatkanlah dia dalam golongan orang yang beriman, sesungguhnya aku sangat sayang padanya ya Allah...aamiin "