Isnin, 15 Februari 2010

Bercuti di Kelantan...

makan di Pantai Sri Tujoh


peace!!! (adik Liya)...


dik Liya dengan cik Pah...


sempat mik gambar mase tgh beli som tam...


malu pulak kambing kat sebelah pintu tu yerk!!!



sue dengan hajar di Pengkalan Kubor...


bergambar di hadapan tempat ibadah orang siam...


time ni di Wakaf Che Yeh...


ketika di Wakaf Che Yeh...

Alhamdulillah, sudah selamat sue, hajar n k.nahdia g Kelantan pd cuti raye cina baru2 ni... suatu pengalaman yg pasti sue x akan lupakan...memang amat menyeronokkan...kami sampai dalam pukul 8:30 a.m (sabtu) di Pekan Pasir Mas...kemudian kami terus pergi ke rumah saudara hajar...makcik hajar (cik Pah) pakcik hajar (ayah Che), n 2 org anak mereka (Badrul Naim & Aliya Sabrina)...sampai je, kami terus dijemput untuk sarapan (nasi bungkus+ayam goreng)...sue bary tahu klo org pantai timur ni mereka sarapan makan nasi, x macam kami di Johor yg x suka sangat makan nasi + lauk pagi2..tapi, itu pengalaman pertama sue dapat =>

Petangnya, dalam pukul 4 p.m, cik Pah bawa kami pergi rumah nenek hajar (mek hajar)...dalam perjalanan pergi tu, sue dapat tengok Masjid Beijing tu..,dah siap daa..memang cantik!!! seterusnya kami melalui jalan yg dekat dengan Pejabat Kastam untuk ke Golok...dekat aje...memang best laa dapat tengok sebab seberang sungai je dah masuk Golok...time ni teringat macam sue lalu di Pantai Lido, Johor...dekat gak dengan Singapura...kata cik Pah, best kalau dapat masuk sana sebab kalau nak makan bayar RM10 je...lepas tu leh makan ape2 sahaja...dah lah masakannya sedap...hai,sue rasa macam nak g lak....tapi kena buat pasport dulu...sabor2...

Sebelah malam pula, cik Pah & Ayah Che bawa kami tengok bandar Kota Bharu...kami pergi KB MALL, sholat maghrib di Masjid....(lupe lak), pergi beli tiket bas & bersiar-siar di Wakaf Che Yeh...memang best pergi sane...kata hajar, pasar malam dekat Wakaf tu akan dibuka setiap malam sehingga pagi...macam2 de jual...sue sempat gak beli 3 helai kain baju kurung (untuk emak, adik perempuanku dan sue) & sehelai telekung (untuk emak tersayang)...kami sampai rumah malam tu dalam pukul 11 lebih... Keesokan hari, sue dengan kak nahdia bangun awal pagi dan terus pergi dapur...cadangnye nak buat sarapan, tapi akhirnya kami hanya masak nasi, panaskan lauk semalam dan masak ikan talapia masak masam manis...bila dah selesai sarapan, kami bersiap - siap pergi ke rumah nenek hajar kerana cik Pah dapat panggilan pagi tu ada org kampung yang meninggal dunia...

Tengahari tu kami bertiga ditinggalkan sekejap di rumah nenek hajar sementara cik Pah & ayah Che nak pergi melawat...kami membantu mak su(mek su) hajar memasak dirumah...sempat lah belajar udang masak gulai, daging masak kunyit dan Cendawan(kulat) goreng bersalut telur...fuhh,memang sedap laa!!!selepas tu sue dapat pengalaman memberi minum susu kepada kambing...kambing kat rumah nenek hajar tu xde ayah dan ibu sebab dah mati masa banjir hari tu...sian dia...minum susu pun kena munum susu tepung yg untuk budak2 tu...semasa berada di rumah ni, sue x leh lupa satu peristiwa yang mana rumah nenek hajar bersebelahan dengan rumah anaknya...mak su ni nak buat air panas....tapi xde ...dia pun jengah tingkap dan terus panggil kak iparnya di rumah sebelah dan minta air panas...sue rasa kelakar pulak tengok....hehehe


Petangnya, kami dibawa ke Pengkalan Kubor...kat sana merupakan kawasan bebas cukai macam kat Langkawi gak...macam2 de jual kat sane...sue beli beberapa helai t-shirt(untuk abah dan 3 org lagi adik lelakiku)....k.nahdia pula beli kuali dan periuk 1 set...hehehe, macam2 kami beli...memang best, sebab boleh tawar2 harga... Kemudian, kami pergi bersiar-siar di Pantai Sri Tujoh...pemandangan yang memang cantik...di sana kami dapatoreng suasana redup sebab dipenuhi dengan pokok-pokok ru di sekelilingya....memang cantik laaa!!!!lepas tu, sue dengan kak nahdia belanja makan semuanya di gerai kat situ...kami minum air kelapa muda dan makan ikan kembung goreng serta sotong goreng....makanan yang ni pun sue pelik sebab rasanya selama hidup ni, kat johor x pernah gerai di pantai ade jual makanan yang macam tu...tapi, memang sedap pun!!!

Kenangan di Kalumpang..

mayah sempat bergayut lagi...

kak ai malu2 pe tu???

hehehe...sue dengan mayah

dah basah kuyup ni...

inilah dia....

Pada hari jumaat(12/2/2010) yg lepas,sue, kak aisyah n mayah g mandi2 kat Kalumpang... Sebenarnya kami x rancang pun tp secara tiba2 je, masing2 pun free pg tu sebab kelas dokturah xde...hehehe...apelagi pi jelah... Ini merupakan kali pertama sue n k.aisyah pergi mandi kat situ...best jugak ar sebab airnye rase sejuk sangat...panorama yg cantik n masih asli sebab masih x diterokai secara giat lagi...antara kami bertiga, sue lah yg paling x tahan lama mandi sebab sejuk sangat...walaupun sampai dah gigil2 berendam dalam sungai tu, tetap nak mandi lagi sebab memang sejuk airnya...rasa tenang je...memang best laaa...

Khamis, 11 Februari 2010

Ekspedisi Mencari Bahan...





Alhamdulillah...selesai sudah mencari bahan rujukan di UKM pada hari selasa lepas. Sue bersama 5 orang sahabat masing2 berjaya menemukan buku untuk bahas dokturah Esmatt...sue tak boleh lupa pada satu kejadian di dalam LRT semasa dalam perjalanan pulang di mana ada seorang kakak tiba2 datang pada kami dan minta kami bantu dia sama ada beri makanan atau beri duit...apabila dilihat dari segi fizikal, dia seolah-olah tidak bermaya, terlalu kurus dan amat kasihan...tapi, yang sue kesal kerana kami tak dapat membantunya disebabkan perasaan ragu-ragu untuk mudah mempercayai seseorang...kasihan kakak tu...ya ALLAH, adakah salah tindakan itu??Adakah sepatutnya kami membantu??ya ALLAH, sekiranya kami salah, ampunilah kami..berikanlah kami petunjuk agar dapat mengubah akhlak kami...amiiin ya rabbal alamin...

Kalimah Jadidah

Beberapa perkataan baru yang sue dapat daripada kelas prof :

فيما أَذْكُرُ وإن لم أخْطِئ ( If I am not mistaken)

لِحْمًا ودَمًّا ( sangat pekat/totok)

sepotong kata2 drpd prof :

" Wahai kawan! apabila lalu jenazah di hadapan engkau jangan engkau ketawa/gembira sebab suatu hari nanti kau juga akan merasainya "

أَحْبِبْ حَبِيْبَكَ هَوْنًا مًا عَسَى أَن يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مًا وَابْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَن يَكُونَ حَبِيْبَكَ يَوْمًا مَا

( Sayangilah kekasihmu pada pertengahannya/sederhana, boleh jadi dia akan menjadi orang yang engkau benci, bencilah orang yang engkau benci sederhana kerana boleh jadi dia akan menjadi orang yang engkau sayang)


Sabtu, 9 Januari 2010

Berkongsi Bersama…


Prof. Dr. Bukhari Lubis


Dr. Esmatt Nasr As Sweedan


Pada 6/1/2010 (Rabu) yg lps, dlm kelas balaghah kita orang belajar tentang غير فصاحة n دكتورة kami berilah satu rangkap syair arab yg berbunyi :

وَقبرُ حَرْبٍ بمكانٍ قفْرٍ وليس قُرْبَ قبرِ حَرْبٍ قبْرُ

Lepas tu setiap seorang kena baca rangkap tu 3x dengan laju n sesiapa yg dpt buat dgn baik dpt hadiah RM1 dr Dr. Esmatt As-Swedan..Alhamdulillah, x sangka pulak sue ada rezeki…x harapkan pun leh dpt…tp, memang lawak hari tu sbb macam2 gaya bacaan ada..yg paling sue x leh lupa kak nahdia ar…baca laju giler!!! Wakakah…hehehe

Kelas Terjemahan :
Untuk kelas terjemahan Arab – Melayu ni pulak sue belajar dgn Prof. Dr. Bukhari Lubis. Memang best belajar dgn prof!!! nak tahu x prof klo masuk kelas mesti bawa macam2 jenis kamus…byk giler!!! Disini sue nak kongsi beberapa kalimah arab yg sue dpt belajar dr prof…
1) Perkataan “ مشروب ” di Itali bermaksud Arak.
2) Perkataan “ forward ” dlm bahasa arab ialah كلمة التقديم
3) Turki adalah sebuah negara yg mengamalkan mazhab Hanafi.

Selain itu, prof ada beri nasihat sikit dgn menceritakan kpd kami ttg seorang sahabat beliau…pengajaran yg sue dpt ialah kita perlu bersifat rendah diri, hormat orang bawah kita n jgn mudah lupa diri apabila kita telah memperolehi sesuatu yg lebih dari orang lain kerana ia adalah ujian Allah S.W.T untuk seseorang…x baik kan klo jd mcm tu!!!

السؤال في قلبي

Persoalan di hatiku kini masih menjadi sesuatu tanda tanya...knp??? Jawapannya hingga kini tidak terjawab... Knp soalan itu ditujukan kpd-ku??? Knp??? Soalan yg berbentuk peribadi n ditanyai oleh seseorang yg tidak berapa aku kenali...alhamdulillah, berjaya juga aku menjawabnya pd pandangan-ku utk soalan yg diberikan. Tetapi sehingga kini masih belum terjawab, knp??? Yang pasti diakhir kata-katanya ” ana hormati pandangan yg anti berikan ”.

Salam Tahun Baru 2010


Salam alaik…
Bertemu kita kembali untuk ruangan yg baru dan pd tahun yg baru (2010)…
Alhamdulillah, segala puji-pujian kpd Allah S.W.T. diatas keizinan-Nya yg memberikan sy peluang untuk menikmati erti sebenar hidup dan menambah amal ibadat….
Semoga dgn berkat azam yg kuat n semangat yg kental sy mampu utk mencipta sesuatu kelainan kerana perubahan adalah perlu utk menjadi seorang yg berjaya!!!! Insya Allah, Allahuakbar!!!