Ahad, 26 Jun 2011

Percutian kedua...

Kak Ani bersama dua orang anakanda tersayang...

Dalam salah satu majlis kenduri...

Contoh pelamin rumah ke-2

Pelamin persandingan Yatie =D

Kami pun sempat posing atas pelamin ni =D

Cik Nard, kakak & adik Aiman...

Pengantin baru...Yatie =D

Comelnyeerrr!!!

Sempat lagi posing sebelum balik...hisy2...

Alhamdulillah...bersyukur ke-hadrat Ilahi atas izin-Nya, sue dgn kawan2 dapat menjejakkan kaki ke Taiping dan seterusnya ke negeri Kedah pada musim cuti sekolah yg lepas...Kami ke Taiping untuk menghadiri majlis kenduri kahwin rakan sekuliah kami iaitu Puan Nor Hayati bt Man...Tahniah Yatie!!! dah selamat akhirnya kawan sue ni....bila lah agaknya turn sue pulak yerk???? Wallahua'lam =D

Then, esoknya sue & ain ikut kak aisyah balik ke negeri tercintanya iaitu Kedah Darul Aman...ini adalah pengalaman pertama sue taw....perasaan time tue happy sgt2 & teruja nak tgk sawah padi...bila dah sampai sana, sepanjang jln sue nampak sawah padi...x kiralah dekat kampung ke atau pun di bandar...heheehee...kenangan terindah betul =D

Banyak juga tempat menarik yg sue pergi masa di Kedah taw...antaranya, Muzium Negeri, Balai Seni, Pasar Pekan Rabu, Kedah Mall, jalan2 sekitar bandar & keliling satu kampung naik motor tengok sawah padi yg menghijau...best betul taw!!! kenangan ni pasti sue x akan lupakan =D

Macam biasa, untuk diri sue sendiri...melalui perjalanan & pengalaman daripada percutian ini, sue berasa amat bersyukur kepada Allah S.W.T atas segala rahmat & kurnian-Nya kpd sue selama ini...sue juga perlu menghargai apa yg sue dah miliki dan segala yg sue ada selama ini dengan sebaiknya...yg paling penting, kalau kita rasa kita ada kekurangan sepatutnya kita sedar bahawa ada orang lain pun memiliki kekurangan yg lebih dari kita..itu pentingnya rasa B.E.R.S.Y.U.K.U.R kpd Allah Taala...ingat yerk!!!

Sabtu, 21 Mei 2011

Kajian Antara Budaya Arab - Melayu...

5 sifat Tun Perak :

1) Taat setia

Ø Apabila Sultan Mahmud Syah sakit, Tun Perak mempertahankan baginda daripada dibunuh oleh Raja Tua yang mana hendak menaikkan Sultan Munawar Syah sebagai pengganti Sultan Muhammad Syah jika baginda mangkat.

Ø Contoh ayat: Telah Raja Tua datang, maka tiada diberi hampir oleh Bendahara Paduka Raja, katanya “Jangan tuanku hampir pada cunda”. Maka kata Raja Tua, “Mengapa beta tiada diberi dekat dgn cucu beta kerana beta hendak bertemu.” Maka kata Bendahara, “Jika tuanku dekat patik amuk.”

2) Warak

Ø Tun Perak tidak menggunakan usungan yg diberikan oleh raja, tetapi dia hanya berjalan kaki.

Ø Contoh ayat: Maka baginda memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja dan Laksamana, dianugerahi pula seorang sebuah usungan, barang kemana ia berjalan disuruh usung. Adapun Bendahara Paduka Raja usungannya dibungkus dgn kekuningan digantungnya pd tempat ia duduk dihadap org sediakala.

3) Kasih sayang

Ø Bendahara Paduka Raja menjaga Sultan Mahmud ketika sakit.

Ø Contoh ayat: Syahdan, dengan takdir Allah Taala Sultan Mahmud Syah pun gering, sakit buang2 air, pd sehari dua 13 kali buang air dan 13 kali Bendahara Paduka Raja menyuapi.

4) Memberi nasihat

Ø Semasa Bendahara Paduka Raja sakit, beliau sempat menasihatkan pd sekalian anak cucunya.

Ø Contoh ayat: Maka Bendahara pun berwasiat pd sekalian anak cucunya, katanya, “Hai anak cucuku, jangan kamu tukarkan ugama dengan dunia.”

5) Tawadhuk dan merendah diri

Ø Bendahara Paduka Raja lebih besar pangkatnya daripada Laksamana, namun beliau tidak naik usungan raja.

Ø Contoh ayat: Kata Bendahara Paduka Raja, “Jikalau aku kelak berusung, ditanya orang demikian juga. Maka pada sangka orang, ‘Tidaklah orang besar lebih daripada bendahara ini.’ kerana ia tiada tahu akan raja, kerana raja lagi budak. Seperkara lagi pula, akan Laksamana itu berusung segala anak buahnya di bawah usungan mengiringkan dia; jika aku pun kelak berusung, engkau semua segala anak buahku mengiringkan aku di bawah usungan. Jikalau Yang Dipertuan, seolah-olah samalah aku dengan raja; manatah kelebihan raja daripada aku?’

6- Bijaksana dan berfikiran jauh

- Bendahara Paduka Raja berfifkiran jauh apabila ada antara anak buahnya mempersoalkan pemberian senjata yang terbaik kepada Laksamana. Beliau memberitahu kepada anak buahnya bahawa Laksamana adalah hulubalang besar, sebab itulah semua senjata yang baik diberikan kepadanya. Senjata tersebut digunakan untuk peperangan.


Contoh kepada cerita mitos dalam Sejarah Melayu ( Badang )

Mitos :

o Mitos ialah cerita yg memberikan pedoman dan arah tertentu untuk sekelompok manusia. Selain itu, ia juga menceritakan tentang keagamaan atau cerita rakyat yg mengisahkan tentang asal usul kejadian bumi, dewa, orang atau masyarakat tertentu dan sebagainya. @ satu cerita khayalan dan imaginasi yg dipenuhi cerita2 ghaib yg boleh diterima akal fikiran walaupun mustahil untuk berlaku.

o Cerita itu bukan sahaja dapat dituturkan tapi juga dapat diungkapkan melalui tarian atau pementasan wayang. Antara fungsinya ialah untuk menyedarkan manusia bahawa ada kekuatan2 ghaib dan menerangkan fenomena alam dan kejadian2 tertentu.

o Fungsi mitos : untuk menerangkan fenomena alam

o Contoh : Antara mitos masyarakat melayu seperti Mitos Badang, Parameswara, Wan Empuk Wan Malini dan sebagainya.

o Kejadian batu belah di Kuala Sayong (Mitos Badang) :

- Tujuan cerita Badang ditulis untuk memulihakan semangat orang melayu yang semakin hilang kepercayaan diri selepas kalah di tangan Portugis.


Bukti KeIslaman Sultan Muhammad Syah :

Kisah Pengislaman Raja Melaka

“…Setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan Nabi Muhammad saw. Maka sabda Rasulullah saw pada Raja Kecil Besar: “Ucap olehmu Asyhadu alla ilaha iLallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”.

Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah saw itu dituruti. Maka sabda Rasulullah saw kepada Raja Kecil Besar: “Adapun namamu Sultan Muhammad Syah. Esok hari apabila asar matahari, datanglah sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya.” Maka sembah Raja Kecil Besar: “Baiklah Tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui.” Maka Nabi SAW pun ghaib.

Setelah hari siang, maka Raja Kecil Besar pun terkejut dari beradu. Maka dicium baginda tubuhnya bau narawastu dan dilihar baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan. Pada hati Raja Kecil Besar: “Bahawa mimpi aku ini Asyhadu alla ilaha iLallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”. Maka segala orang pu datanglah ke dalam istana baginda. Sekaliannya pun hairan mendengar disebut Raja itu. Maka kata Raja Perempuan,” Entah kena syaitankah Raja ini atau gilakah Raja ini gerangan? Baik segera memberitahu Bendahara.”

Maka dayang-dayang pun pergi memberitahu Bendahara. Maka Bendahara pun segera datang lalu masuk ke dalam istana. Maka dilihat Bendahara Raja tiada berhenti-henti daripada “La ilaha iLallah Muhammadar Rasulullah.” Maka kata Bendahara, “ Bahasa mana yang disebut Raja ini?” Titah Raja, “Semalam Beta mimpi berpandangan dengan keelokan junjungan Rasulullah SAW.” Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya kepada Bendahara. Maka kata Bendahara, “Jikalau benar mimpi Raja itu apa alamatnya?” Maka titah Raja Kecil Besar, “Alamatnya kalam Beta dikhatankan orang iaitu tanda sah hamba bertemu dengan Rasulullah SAW dan sabda Rasulullah pada hamba, asar nanti akan datang sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya di pantai Melaka itu sembahyang, hendaklah turut olehmu barang katanya.” Maka kata Bendahara pun hairanlah melihat kalam bainda seperti dikhatankan orang. Maka kata Bendahara,”Jikalau sungguh datang kapal asar ini, benarlah mimpi Raja itu. Jikalau tiada, bahawa syaitanlah mengharu Raja ini.” Maka titah baginda,”benar seperti kata bapa hamba Bendahara itu.” Maka Bendahara pun kembali ke rumahnya.

Setelah hari pun asar, maka datanglah sebuah kapal dari Jeddah seta ia datang berlabuh. Maka turunlah Makhdum dari dalam kapal itu, Sayyid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang itu,” mengapa orang itu tonggang tonggek?” Maka berebutlah orang melihat itu, sesak penuh tiada bersela lagi dan haru biru bunyinya sampai ke dalam. Maka Raja pun segeralah naik gajah lalu berangkat keluar diringkan oleh segala Orang Besar-Besar. Maka dilihat Raja kelakuan Makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang dalam mimpinya itu. Maka titah Raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-Besar,”Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita”.

Setelah Makhdum itu sembahyang, maka Raja pun menderumkan gajahnya. Makhdum dibawa baginda naik gajah lalu dibawa baginda masuk kedalam negeri. Maka segala Orang-Orang Besar semuanya masuk Islam, sekelian isi negeri lelaki dan perempuan, tua muda, kecil besar sekalian masuk Islam dititahkan baginda. Maka Raja pun bergurulah pada Makhdum akan tertib sembahyang. Baginda digelarnya seperti sabda Nabi SAW – Sultan Muhammad Syah. Adapun Bendahara bergelar Seri Wak Raja, yakni bapa tua Raja kerana Bendahara itu ayag – yang salah tak menjadikan kepada baginda.”

Kepentingan Belajar Adab :

1) Tujuan sastera perbandingan :

- untuk mencari pengaruh karya sastra satu dengan yang lain dan atau pengaruh bidang lain serta sebaliknya dalam dunia sastra,

- untuk menentukan mana karya sastra yang benar-benar original dan mana yang bukan dalam lingkup perjalanan sastra,

- untuk menghilangkan kesan bahwa karya nasional tertentu lebh hebat dibanding karya Sastra nasional yang lain.

- untuk mencari keragaman budaya yang terpantul dalam karya satu dengan yang lainnya.

- untuk memperkukuh keuniversalan konsep-konsep keindahan universal dalam sastra.

- untuk menilai mutu karya-karya dan Negara-negara dan keindahan kanya sastra.

Jenis2 Sastera Melayu :

1) Cerita berbingkai

2) Syair – nazam, ghazal, rubai

3) Kitab ketatanegaraan – Tajus Salatin

4) Lagenda – Hikayat Hang Tuah

Jenis2 Sastera :

Sepertimana yang telah dimaklumi bahawa muncul jenis2 kesusasteraan Greek pada sekitar kurun ke-5 sebelum Masihi yang mana terdapat 4 jenis kesusasteraan yang utama :

1) Epik

- Mitos, hikayat, cerita2 teladan, cerita yg jarang didengar, riwayat, epik dan cerpen.

2) Didukti

- Komedi dan tragedi

3) Lyrik

4) Dramatik

Aristotle antara yang tersohor dan dianggap pengkritik sastera pada zaman itu. Tetapi beliau hanya menekankan 2 jenis sastera iaitu drama dan epik.

Maksud pengaruh dan mempengaruhi :

o Bermaksud saling bertukar-tukar antara sastera. Buktinya: Di Jerman, orang Jerman tahu karya Shakespear lebih daripada karya inggeris contohnya Romeo dan Juliet dan Hamlet. Tujuan: pengkritik ingin keluar drpd fahaman sempit dan masuk dalam lingkungan antarabangsa supaya ada nilai2 bersifat keantarabangsaan.

o Sastera bersifat saling pengaruh dan mempengaruhi antara satu sama lain.

o Tidak terdapat sasterawan yang mempunyai pengaruh yg besar tanpa ada penulis yg terdahulu memberi kesan padanya. Kebiasaannya, pengaruh dan mempengaruhi tidak menjauhi antara satu sama lain dari segi masa dan tempat.

Kajian sastera yg mempunyai ciri2 antarabangsa :

Iaitu ciri2 melangkaui sempadan bahasa disamping mengambil kira tempat2 persamaan dan perbezaan antara sastera. Pertembungan boleh berlaku pd satu tempat yg tertentu tp berbeza sastera atau diseluruh dunia.


Selasa, 17 Mei 2011

16 Mei..

Alhamdulillah, sue berasa bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan kurniaan-Nya...semalam adalah pengalaman pertama sue menyambut Sambutan Hari Guru sempena praktikum ni...hehehe....sue rasa best sgt2..hehehhe....kalau x percaya, jom tengok gambar2 ni...

Goreng Pisang Game...

Group cikgu perempuan...

Group pelajar...

Main Berebut kerusi...

My group...x sangka leh menang =D

Berebut makan biskut keras...

Cepat2!!!

Sedang berusaha pakai seluar karung guni...

Persembahan Tarian =D


Persembahan Dikir Barat =D

Persembahan Nasyid =D

Acara Memotong Kek...

Acara Menyanyikan Lagu 'Hari Guru'

Menyanyi lagi =D

Kak mimi, kak Ida, kak kenah, kak wani & sue =D

Guru Praktikum Lelaki...

Kami Berikrar........!!!

Sesi Perarakan...

Pn Hajah, Pengerusi PIBG & Tn. Haji....

Isnin, 9 Mei 2011

Praktikum bermula....

Salam pembuka bicara...minggu ni adalah minggu pertama bagi latihan mengajar atau lebih dikenali praktikum..sue ditempatkan di smk felda besout, sungkai....insya Allah, sue akan berada di sekolah ini sehingga bulan 8...alhamdulillah, semoga pengalaman baru ni akan mematangkan diri dan menambah ilmu di dada serta dapat memperbaiki segala kekurangan dalam diri ini..insya Allah, mudah-mudahan...amin =D

Khamis, 28 April 2011

Projek akhir selepas exam...

Cik Dilah, Cik Sue, Cik Mayah & Cik Nadia =D

Cik Quyah & Cik Intan =D

Cik Aslin, Cik Milah & Cik Fatrah =D

lagi2 =D

Selamat Hari Tua Cik Mayah =D

Alhamdulillah..akhirnya berakhir sudah pengajian sue bagi semester 6....hari semalam merupakan hari terakhir bagi menjawab soalan-soalan peperiksaan...hehehe...merdeka!!!
sue berdoa semoga mendapat natijah yang baik dan cemerlang pada semester hadapan bagi peperiksaan kali ini...suen juga berharap semoga dapat meningkatkan lagi pointer sue dengan lebih cemerlang..insya Allah..amin =D
so, macam biasa selepas habis exam, sue bersama kawan-kawan akan meraikan hari tamatnya kami menjalani peperiksaan yang memang membuatkan sue stress....kali ni kami makan di KFC sahaja...sambil itu, kami meyambut ulang tahun kelahiran rakan seperjuangan sue iaitu cik Sumaiah Razali...Selamat Hari Tua Cik Mayah =D

Sabtu, 9 April 2011

Syair lagi...

Hatim Al Asham pernah ditanya, “ Dari mana kamu makan?” Dia menjawab, “ Dari sisi Allah.” Dia ditanya lagi, “Apakah Allah menurunkan dinar & dirham untukmu dari langit?” Dia menjawab, “Seolah-olah Dia tidak memiliki kecuali langit? Padahal Dia memiliki langit & bumi. Maka jika dia tidak memberiku rezeki dari langit, Dia memberiku rezeki dari Bumi.” Dia lalu melantunkan syair

وَكَيْفَ أَخَافُ الْفَقْرَ وَاللهُ رَازِقِي

وَرَازِقُ هَذَا الخَلْقِ في العُسْرِ وَالْيُسْرِ

تَكَفَّلَ بِالْأَرْزَاقِ لِلْخَلْقِ كُلِّهِمْ

وَلِلضَّبِّ في البَيْدَاءِ وَالحُوتِ في البَحْرِ


Bagaimana aku takut miskin, sedangkan Allah-lah yg memberiku rezeki,

Dia-lah pemberi rezeki dalam keadaan sulit & mudah,

Dia menanggung rezeki semua makhluk secara keseluruhan,

Biawak di rawa & ikan di laut.

(Tafsir Al- Qurthubi: m/s 15 & 16)

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi S.A.W bersabda :

العِلْمُ عِلْمَانِ: عِلْمٌ فِي القَلْبِ، فذلك العلمُ النَّافِعُ، وعِلْمٌ في اللِّسَانِ، فذلك حُجَّةُ اللهِ تعالى عَلَى ابْنِ آدَمَ.

“ Ilmu itu ada dua macam, yang pertama adalah ilmu yang ada di dalam hati. Ilmu yang seperti inilah yang akan bermanfaat baginya. Sedangkan yang kedua adalah ilmu yang ada di lisan sahaja. Ilmu seperti inilah yang akan menjadi hujjah Allah nanti terhadap manusia.”

(Riwayat Al-Hakim dan At-Tirmidzi dari Al-Hasan secara mursal dengan sanad shahih)

Sebahagian penyair menyusun bait syair berikut :

مَكَارِمُ الْأَخْلاَقِ في ثَلاَثَةٍ

مَنْ كَمُلَتْ فِيْهِ فَذَلِكَ الْفَتَى

إِعْطَاءُ مَنْ تُحْرِمُهُ وَوَصْلُ

مَنْ تَقْطَعُهُ وَالعَفْوَ عَمَّنِ اعْتَدَى

Akhlak mulia itu ada 3 hal

Siapa yang memilikinya dengan sempurna maka itulah orang mulia;

Memberi kepada orang yang kau tidak mahu memberi kepadanya,

Menyambung hubungan dengan orang yang

Kau putusi hubungan dengannya dan memaafkan orang yang berbuat zhalim.

Sufyan bin Uyaimah meriwayatkan dari Asy – Sya’bi, dia berkata, “Sesungguhnya Jibril AS turun kepada Nabi S.A.W, lalu Nabi S.A.W bertanya kepada Jibril AS, ‘Apa ini wahai Jibril?’ Jibril AS menjawab, ‘Tidak tahu, hingga aku tanyakan kepada Yang Maha Tahu.’

- Dalam riwayat lain disebutkan, ‘Tidak tahu, hingga aku tanyakan kepada Tuhanku.’ – Jibril AS kemudian pergi beberapa saat, lalu dia kembali dan berkata, ‘Sesungguhnya Allah S.W.T memerintahkan kepadamu untuk memaafkan orang yang menzhalimimu, memberi orang yang tidak memberimu dan menyambung hubungan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu.’

Hadis ini disebutkan oleh Al-Alusi dalam Ruh Al-Ma’ani (3/188).