Sabtu, 21 Mei 2011

Kajian Antara Budaya Arab - Melayu...

5 sifat Tun Perak :

1) Taat setia

Ø Apabila Sultan Mahmud Syah sakit, Tun Perak mempertahankan baginda daripada dibunuh oleh Raja Tua yang mana hendak menaikkan Sultan Munawar Syah sebagai pengganti Sultan Muhammad Syah jika baginda mangkat.

Ø Contoh ayat: Telah Raja Tua datang, maka tiada diberi hampir oleh Bendahara Paduka Raja, katanya “Jangan tuanku hampir pada cunda”. Maka kata Raja Tua, “Mengapa beta tiada diberi dekat dgn cucu beta kerana beta hendak bertemu.” Maka kata Bendahara, “Jika tuanku dekat patik amuk.”

2) Warak

Ø Tun Perak tidak menggunakan usungan yg diberikan oleh raja, tetapi dia hanya berjalan kaki.

Ø Contoh ayat: Maka baginda memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja dan Laksamana, dianugerahi pula seorang sebuah usungan, barang kemana ia berjalan disuruh usung. Adapun Bendahara Paduka Raja usungannya dibungkus dgn kekuningan digantungnya pd tempat ia duduk dihadap org sediakala.

3) Kasih sayang

Ø Bendahara Paduka Raja menjaga Sultan Mahmud ketika sakit.

Ø Contoh ayat: Syahdan, dengan takdir Allah Taala Sultan Mahmud Syah pun gering, sakit buang2 air, pd sehari dua 13 kali buang air dan 13 kali Bendahara Paduka Raja menyuapi.

4) Memberi nasihat

Ø Semasa Bendahara Paduka Raja sakit, beliau sempat menasihatkan pd sekalian anak cucunya.

Ø Contoh ayat: Maka Bendahara pun berwasiat pd sekalian anak cucunya, katanya, “Hai anak cucuku, jangan kamu tukarkan ugama dengan dunia.”

5) Tawadhuk dan merendah diri

Ø Bendahara Paduka Raja lebih besar pangkatnya daripada Laksamana, namun beliau tidak naik usungan raja.

Ø Contoh ayat: Kata Bendahara Paduka Raja, “Jikalau aku kelak berusung, ditanya orang demikian juga. Maka pada sangka orang, ‘Tidaklah orang besar lebih daripada bendahara ini.’ kerana ia tiada tahu akan raja, kerana raja lagi budak. Seperkara lagi pula, akan Laksamana itu berusung segala anak buahnya di bawah usungan mengiringkan dia; jika aku pun kelak berusung, engkau semua segala anak buahku mengiringkan aku di bawah usungan. Jikalau Yang Dipertuan, seolah-olah samalah aku dengan raja; manatah kelebihan raja daripada aku?’

6- Bijaksana dan berfikiran jauh

- Bendahara Paduka Raja berfifkiran jauh apabila ada antara anak buahnya mempersoalkan pemberian senjata yang terbaik kepada Laksamana. Beliau memberitahu kepada anak buahnya bahawa Laksamana adalah hulubalang besar, sebab itulah semua senjata yang baik diberikan kepadanya. Senjata tersebut digunakan untuk peperangan.


Contoh kepada cerita mitos dalam Sejarah Melayu ( Badang )

Mitos :

o Mitos ialah cerita yg memberikan pedoman dan arah tertentu untuk sekelompok manusia. Selain itu, ia juga menceritakan tentang keagamaan atau cerita rakyat yg mengisahkan tentang asal usul kejadian bumi, dewa, orang atau masyarakat tertentu dan sebagainya. @ satu cerita khayalan dan imaginasi yg dipenuhi cerita2 ghaib yg boleh diterima akal fikiran walaupun mustahil untuk berlaku.

o Cerita itu bukan sahaja dapat dituturkan tapi juga dapat diungkapkan melalui tarian atau pementasan wayang. Antara fungsinya ialah untuk menyedarkan manusia bahawa ada kekuatan2 ghaib dan menerangkan fenomena alam dan kejadian2 tertentu.

o Fungsi mitos : untuk menerangkan fenomena alam

o Contoh : Antara mitos masyarakat melayu seperti Mitos Badang, Parameswara, Wan Empuk Wan Malini dan sebagainya.

o Kejadian batu belah di Kuala Sayong (Mitos Badang) :

- Tujuan cerita Badang ditulis untuk memulihakan semangat orang melayu yang semakin hilang kepercayaan diri selepas kalah di tangan Portugis.


Bukti KeIslaman Sultan Muhammad Syah :

Kisah Pengislaman Raja Melaka

“…Setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan Nabi Muhammad saw. Maka sabda Rasulullah saw pada Raja Kecil Besar: “Ucap olehmu Asyhadu alla ilaha iLallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”.

Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah saw itu dituruti. Maka sabda Rasulullah saw kepada Raja Kecil Besar: “Adapun namamu Sultan Muhammad Syah. Esok hari apabila asar matahari, datanglah sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya.” Maka sembah Raja Kecil Besar: “Baiklah Tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui.” Maka Nabi SAW pun ghaib.

Setelah hari siang, maka Raja Kecil Besar pun terkejut dari beradu. Maka dicium baginda tubuhnya bau narawastu dan dilihar baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan. Pada hati Raja Kecil Besar: “Bahawa mimpi aku ini Asyhadu alla ilaha iLallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”. Maka segala orang pu datanglah ke dalam istana baginda. Sekaliannya pun hairan mendengar disebut Raja itu. Maka kata Raja Perempuan,” Entah kena syaitankah Raja ini atau gilakah Raja ini gerangan? Baik segera memberitahu Bendahara.”

Maka dayang-dayang pun pergi memberitahu Bendahara. Maka Bendahara pun segera datang lalu masuk ke dalam istana. Maka dilihat Bendahara Raja tiada berhenti-henti daripada “La ilaha iLallah Muhammadar Rasulullah.” Maka kata Bendahara, “ Bahasa mana yang disebut Raja ini?” Titah Raja, “Semalam Beta mimpi berpandangan dengan keelokan junjungan Rasulullah SAW.” Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya kepada Bendahara. Maka kata Bendahara, “Jikalau benar mimpi Raja itu apa alamatnya?” Maka titah Raja Kecil Besar, “Alamatnya kalam Beta dikhatankan orang iaitu tanda sah hamba bertemu dengan Rasulullah SAW dan sabda Rasulullah pada hamba, asar nanti akan datang sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya di pantai Melaka itu sembahyang, hendaklah turut olehmu barang katanya.” Maka kata Bendahara pun hairanlah melihat kalam bainda seperti dikhatankan orang. Maka kata Bendahara,”Jikalau sungguh datang kapal asar ini, benarlah mimpi Raja itu. Jikalau tiada, bahawa syaitanlah mengharu Raja ini.” Maka titah baginda,”benar seperti kata bapa hamba Bendahara itu.” Maka Bendahara pun kembali ke rumahnya.

Setelah hari pun asar, maka datanglah sebuah kapal dari Jeddah seta ia datang berlabuh. Maka turunlah Makhdum dari dalam kapal itu, Sayyid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang itu,” mengapa orang itu tonggang tonggek?” Maka berebutlah orang melihat itu, sesak penuh tiada bersela lagi dan haru biru bunyinya sampai ke dalam. Maka Raja pun segeralah naik gajah lalu berangkat keluar diringkan oleh segala Orang Besar-Besar. Maka dilihat Raja kelakuan Makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang dalam mimpinya itu. Maka titah Raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-Besar,”Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita”.

Setelah Makhdum itu sembahyang, maka Raja pun menderumkan gajahnya. Makhdum dibawa baginda naik gajah lalu dibawa baginda masuk kedalam negeri. Maka segala Orang-Orang Besar semuanya masuk Islam, sekelian isi negeri lelaki dan perempuan, tua muda, kecil besar sekalian masuk Islam dititahkan baginda. Maka Raja pun bergurulah pada Makhdum akan tertib sembahyang. Baginda digelarnya seperti sabda Nabi SAW – Sultan Muhammad Syah. Adapun Bendahara bergelar Seri Wak Raja, yakni bapa tua Raja kerana Bendahara itu ayag – yang salah tak menjadikan kepada baginda.”

Kepentingan Belajar Adab :

1) Tujuan sastera perbandingan :

- untuk mencari pengaruh karya sastra satu dengan yang lain dan atau pengaruh bidang lain serta sebaliknya dalam dunia sastra,

- untuk menentukan mana karya sastra yang benar-benar original dan mana yang bukan dalam lingkup perjalanan sastra,

- untuk menghilangkan kesan bahwa karya nasional tertentu lebh hebat dibanding karya Sastra nasional yang lain.

- untuk mencari keragaman budaya yang terpantul dalam karya satu dengan yang lainnya.

- untuk memperkukuh keuniversalan konsep-konsep keindahan universal dalam sastra.

- untuk menilai mutu karya-karya dan Negara-negara dan keindahan kanya sastra.

Jenis2 Sastera Melayu :

1) Cerita berbingkai

2) Syair – nazam, ghazal, rubai

3) Kitab ketatanegaraan – Tajus Salatin

4) Lagenda – Hikayat Hang Tuah

Jenis2 Sastera :

Sepertimana yang telah dimaklumi bahawa muncul jenis2 kesusasteraan Greek pada sekitar kurun ke-5 sebelum Masihi yang mana terdapat 4 jenis kesusasteraan yang utama :

1) Epik

- Mitos, hikayat, cerita2 teladan, cerita yg jarang didengar, riwayat, epik dan cerpen.

2) Didukti

- Komedi dan tragedi

3) Lyrik

4) Dramatik

Aristotle antara yang tersohor dan dianggap pengkritik sastera pada zaman itu. Tetapi beliau hanya menekankan 2 jenis sastera iaitu drama dan epik.

Maksud pengaruh dan mempengaruhi :

o Bermaksud saling bertukar-tukar antara sastera. Buktinya: Di Jerman, orang Jerman tahu karya Shakespear lebih daripada karya inggeris contohnya Romeo dan Juliet dan Hamlet. Tujuan: pengkritik ingin keluar drpd fahaman sempit dan masuk dalam lingkungan antarabangsa supaya ada nilai2 bersifat keantarabangsaan.

o Sastera bersifat saling pengaruh dan mempengaruhi antara satu sama lain.

o Tidak terdapat sasterawan yang mempunyai pengaruh yg besar tanpa ada penulis yg terdahulu memberi kesan padanya. Kebiasaannya, pengaruh dan mempengaruhi tidak menjauhi antara satu sama lain dari segi masa dan tempat.

Kajian sastera yg mempunyai ciri2 antarabangsa :

Iaitu ciri2 melangkaui sempadan bahasa disamping mengambil kira tempat2 persamaan dan perbezaan antara sastera. Pertembungan boleh berlaku pd satu tempat yg tertentu tp berbeza sastera atau diseluruh dunia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan