Ahad, 27 Disember 2009

SeLamat PenGantin Baru





Renjis – renjis dipilis,

Ditepungilah tawar,

Hai beras kunyit ditabur,

Disirami air mawar...


He3x...opsss jgn silap bukan sue yg kahwin!!!

Alhamdulillah, pada 13 Disember yg lps, dua org sepupu sue dah pun selamat diijabkabulkan... Tahniah n Selamat Pengantin Baru diucapkan kpd k.long n ude... hai x sangka ude kahwin dulu...umur sebaya tp dia yg merasa dulu...bile turn sue pulak eh??? Totttt...tottt...totttt.... soalan subjektif ni...

Pg ahad tu sue sekeluarga bertolak dr rumah lewat gak laa dlm kul 9 lebih..sampai sane terus makan..teruk kan!!! Dahlaa x tlg pun....hehehe

Kpd kedua – dua belah mempelai pasangan raja sehari ni, sue doakan semoga mereka dpt melayari bahtera rumah tangga dgn bijaksana n semoga mendapat kebahagiaan dan keamanan sepanjang hayat...Amiiiin...




Rabu, 18 November 2009

Selepas Exam..


Kawan saya dari sabah, Ain...





Salam alaik…

Alhamdulillah, hari ini saya baru habis jawab last paper…syukur Alhamdulillah, soalan memang senang dan mudah untuk dijawab…subjek hari ni pembelajaran dan perkembangan pelajar (edu)…

Selepas balik dari exam, saya terus pergi pekan Tjg. Malim dengan kawan...kami nak pergi makan ais krim...emmm,macam2 ragam orang yang periksa ni kan??? Hehehe...tapi,x kisahlah demi untuk menggembirakan diri sendiri selepas stress dengan exam yang boleh buat pening kepala...

Isnin, 16 November 2009

Rehlah Jamilah




























Pada ahad yang lepas, saya dan kawan2 serumah pergi ke Tasik Proton dengan tujuan untuk berjogging. Sebenarnya, saya g pun sebab kena paksa dengan kawan kalau tidak memang malas nak g...hehe teruk kan??


Alhamdulillah, kami tiba disana kira-kira jam 7:30 pagi... sampai sahaja disana, saya amat kagum dengan keindahan pemandangan pagi disana...lantas terus saya mengalunkan zikir Subhanallah...tanda saya amat taajjub dan kagum atas kebesaran-Nya...


Kami pun terus memulakan senaman ringan dan terus berjogging mengelilingi tasik tersebut. Alhamdulillah, saya berasa amat gembira sebab dapat melakukan riadah seperti ini bersama kawan2 yang mana banyak hikmahnya telah saya peroleh...


Selepas itu, kami berehat di sebuah pondok dan berbual-bual dengan pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Kaunseling, Dr. Fauziah yang turut bersama-sama kami pada pagi itu. Antara topik perbualan yang kami bualkan ialah mengenai pentingnya kita mengambil makanan yang segar dan kurangkan makan makanan yang segera. Dr. telah menasihati kami agar lebih baik minum air teh daripada jenama Green Tea dan mengamalkan makan buah Durian Belanda untuk kesihatan kita bersama...


Lebih kurang jam 10 pagi, kami pun bertolak pulang ke rumah setelah selesai bergambar dan minum sarapan pagi...saya berasa amat bersyukur kerana dengan hanya melakukan aktiviti seperti ini, saya dan kawan2 turut mendapat beberapa pengisian ilmu dan pengetahuan yang diberikan oleh Dr. tadi...benarlah kata orang, sekiranya kita berdamping dengan orang yang berilmu kita juga akan turut merasai tempiasnya...


Khamis, 12 November 2009

Bersama Teman - teman

Projek teater...

Kak nahdia...

Kak aisyah...

Restoran pizza hut...

Di Hot Spring...

Johorian...

Program PPIM...

Dunia sebagai seorang pelajar memang amat menggembirakan. Dikelilingi oleh rakan - rakan yang turut sama ingin mengejar impian dan cita - cita masing - masing.Begitulah saya bersama kawan - kawan yang amat rapat walaupun berasal dari berlainan negeri, berlainan budaya dan adat. Ini tidak menjadi alasan bagi kami untuk mengukuhkan ukhuwah sesama kami kerana kami semua masih berasal dari kaum dan negara yang sama iaitu kaum Melayu dan negara Malaysia...

Bergelar sebagai seorang siswi di IPTA merupakan cita - cita saya sejak kecil. Berkat doa dan sokongan abah dan emak serta seluruh keluarga tersayang, alhamdulillah kini saya merupakan siswi bagi tahun dua di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Ketika ini saya sedang berjuang untuk mempelajari bidang yang amat saya minati sejak sekolah dahulu. Saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana saya diberikan peluang untuk mempelajari bahasa Al - Quran sehingga kini dan bakal bergelar sebagai seorang pendidik tidak lama lagi.

Sabtu, 7 November 2009

Peringatan Bersama....


Berkata Imam Syafie :

من تعلم القران عظمت قيمته، ومن نظر في الفقه نبل قدره، ومن تعلم اللغة رق طبعه، ومن تعلم الحساب جزل رأيه،ومن كتب الحديث قويت حجته ومن لم يصن نفسه لم ينفعه علمه

Terjemahan: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan nilai dirinya, barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikirannya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara dirinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.