Isnin, 16 November 2009

Rehlah Jamilah




























Pada ahad yang lepas, saya dan kawan2 serumah pergi ke Tasik Proton dengan tujuan untuk berjogging. Sebenarnya, saya g pun sebab kena paksa dengan kawan kalau tidak memang malas nak g...hehe teruk kan??


Alhamdulillah, kami tiba disana kira-kira jam 7:30 pagi... sampai sahaja disana, saya amat kagum dengan keindahan pemandangan pagi disana...lantas terus saya mengalunkan zikir Subhanallah...tanda saya amat taajjub dan kagum atas kebesaran-Nya...


Kami pun terus memulakan senaman ringan dan terus berjogging mengelilingi tasik tersebut. Alhamdulillah, saya berasa amat gembira sebab dapat melakukan riadah seperti ini bersama kawan2 yang mana banyak hikmahnya telah saya peroleh...


Selepas itu, kami berehat di sebuah pondok dan berbual-bual dengan pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Kaunseling, Dr. Fauziah yang turut bersama-sama kami pada pagi itu. Antara topik perbualan yang kami bualkan ialah mengenai pentingnya kita mengambil makanan yang segar dan kurangkan makan makanan yang segera. Dr. telah menasihati kami agar lebih baik minum air teh daripada jenama Green Tea dan mengamalkan makan buah Durian Belanda untuk kesihatan kita bersama...


Lebih kurang jam 10 pagi, kami pun bertolak pulang ke rumah setelah selesai bergambar dan minum sarapan pagi...saya berasa amat bersyukur kerana dengan hanya melakukan aktiviti seperti ini, saya dan kawan2 turut mendapat beberapa pengisian ilmu dan pengetahuan yang diberikan oleh Dr. tadi...benarlah kata orang, sekiranya kita berdamping dengan orang yang berilmu kita juga akan turut merasai tempiasnya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan