Dunia sebagai seorang pelajar memang amat menggembirakan. Dikelilingi oleh rakan - rakan yang turut sama ingin mengejar impian dan cita - cita masing - masing.Begitulah saya bersama kawan - kawan yang amat rapat walaupun berasal dari berlainan negeri, berlainan budaya dan adat. Ini tidak menjadi alasan bagi kami untuk mengukuhkan ukhuwah sesama kami kerana kami semua masih berasal dari kaum dan negara yang sama iaitu kaum Melayu dan negara Malaysia...
Bergelar sebagai seorang siswi di IPTA merupakan cita - cita saya sejak kecil. Berkat doa dan sokongan abah dan emak serta seluruh keluarga tersayang, alhamdulillah kini saya merupakan siswi bagi tahun dua di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Ketika ini saya sedang berjuang untuk mempelajari bidang yang amat saya minati sejak sekolah dahulu. Saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana saya diberikan peluang untuk mempelajari bahasa Al - Quran sehingga kini dan bakal bergelar sebagai seorang pendidik tidak lama lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan