Sabtu, 22 Januari 2011

Dalam Kenangan...

Dalam kesibukan menyiapkan tugasan untuk beberapa minggu ini…tiba-tiba teringat pula kenangan sewaktu belajar di SMAPR dulu=D

Hehehe..terlalu banyak kenangan manis & pahit yang telah sue kongsi bersama sahabat2 seperjuangan…pelbagai kisah suka & duka yang kami telah lalui bersama sejak daripada form 1 sampai lah form5…kenangan bersama senior2 & adik2 junior (he3x..ada makna tersirat ni =D)

Yang boleh sue kongsi dalam blog ni iaitu hasil karya sue bersama kawan2 yang cun2 belaka untuk buat persembahan seloka sempena Malam Kebudayaan anjuran ASPURI…. tajuknya "Seloka Khadijah" sebab kami adalah wakil untuk Dorm Khadijah....silalah baca ye..

KARYA PELAJAR - SELOKA KHADIJAH

Assalamualaikum pembuka bicara, Ahlan wasahlan kepada semua, Izinkan kami berpantun seloka, Inilah Khadijah empunya perkara.

SMAPR megah namanya, Berdiri teguh di tengah desa, Khadijah salah satu dorm darinya, Ada pelajar, ada wardennya.

Di aras tiga atas sekali, Sebut Khadijah tak kering gusi, Studentnya cun rasa-rasa kami, Kalau tak percaya tengoklah sendiri.

Kapal berlayar di tengah samudera, Dikawal nakhoda yang berwibawa, Seorang ibunda yang baik hatinya, Ustazah Zahran itulah dia.

Hafidzah Zaini nama diberi, Berlesum pipit manis sekali, Sentiasa sibuk ke sana sini, Itulah dia ketua dorm kami.

Atiqah Syuhada empunya diri, Bising di dorm menjadi hobi, Assistant dorm jawatan diberi, Dambaan pilu idaman hati.

Kebersihan dorm diambil kira, Supaya kami selalu ceria, Suraya Sisal tegas orangnya, Ajlaa Nuda pembantu setianya.

Emon, Sarah berganding bahu, Ceriakan dorm semangat giler, Bila dipuji buat tak tahu, Setengah tahun terbengkalai semua.

Teman setia jendela sepi, Wahidah Sapuan nama diberi, Teman sebelah sering menemani, Itulah Emma teman sejati.

Lemah lembut sifat peribadi, Suka senyum setiap hari, Suka hijau bukan nama parti, Siapa tak kenal Nurul Husana Sairi.

Bila ketawa memecah suasana, Nor Raihan Yusof apa kurangnya, E-ah Shaari itulah temannya, Bila bercerita gempak satu dunia.

Diam-diam penuh bermakna, Putih melepak seiras cina, Aimi dan Hajar sudah semestinya, Bila malu merah muka.

Langsir dan baju sama warnanya, Nani dan Quiah jawatan yang sama, Amanah diberi tak diperisa, Ada sahaja cerita dibawa.

Ratu Hindustan gelaran sensasi, Berita Bollywood tahu semuanya, Susliza Shafie tak henti menyanyi, Hazieyah Zaidi penyanyi latarnya.

Dari M.A.K berhijrah ke sini, Ke gedung ilmu pilihan Ilahi, Dulu pendiam kecoh di sini, Adabiah Kamjah nama diberi.

Simple berkaca mata, Bila belajar tekun selalu, Kalsum Salleh punya cerita, Memburu impian menjadi lawyer.

Kecil molek manis dipandang, Bijak belajar asset utama, Syidah malu dipandang-pandang, Ain pula buat selamba.

Nampak kemas smart saje, Muka seiras macam nak marah, Tapi jangan disalah sangka, Faezah dan Illi orangnya peramah.

Aliff dan Fatin jiran setia, Kedua-dua bijak belaka, Yun dan Safa apa kurangnya, Bab kira-mengira serahkan mereka.

Duduk sekatil ceria sekali, Bila bergaduh tak henti-henti, Mereka berdua berbalah sendiri, Ie-mah dan Qiah empunya diri.

Fatin Hamimah lawak menjadi, Pendiam Asma tapi berisi, Haziqah Yunis impikan University, Tiada mereka hilanglah seri.

Selalu diusik tetap bersabar, Itulah Nurul patut dicontohi, Lembut suaranya tidaklah kasar, Fatimah Zahrah empunya peribadi.

Inilah dia gelaran kami, Walaupun busy kami tetap happy, Segala kenangan tersemat di hati, Untuk tatapan dijadikan memori.

Sampai di sini seloka di-stopkan, Takut nanti ada yang marah, Namun ini hanya gurauan, Semoga erat tali persahabatan.

Tamatlah sudah seloka ini, Harap dijadi kenangan hakiki, Tanpa kita tiada memori, Semoga ia kekal abadi.

Hasil Nukilan; Semua ahli-ahli Dorm Khadijah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan