Jumaat, 7 Januari 2011

Semester Baru


Alhamdulillah, untuk semester yang baru pada tahun ni sue belajar dengan Dr. Yahya Ta’yin Muritala. Beliau berasal dari Negara Nigeria. Bersama Dr. Yahya, kami pelajar Bahasa Arab ini akan mempelajari subjek “ Manahijul Bahsi ” yang lebih memberi tumpuan tentang kaedah2 dan cara2 untuk membuat kertas kerja.

Selepas kelas kali ke-2 bersama Dr. Yahya, kami telah diingatkan oleh beliau tentang faktor utama menyediakan proposal tidak lain dan tidak bukan adalah "حب المعرفة" yang bermaksud cintakan ilmu pengetahuan. Maksud cintakan ilmu pengetahuan yang beliau terangkan kepada kami ialah kita sebagai seorang pelajar sepatutnya bukan belajar dengan niat nak dapat “A” semata-mata dan bukan juga untuk pangkat dan harta. Akan tetapi, sepatutnya nawaitu kita perlulah sebenar-benarnya belajar untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dengan betul2 memahami dan mendalami sesuatu ilmu yang dipelajari dengan baik, bukan hanya semata-mata untuk cemerlang dalam exam dan memperoleh result yang baik sahaja.

Selain daripada itu, bagi semester baru ini sue belajar kursus “Balaghah Al-Quran Wa Al-Hadis” yang diajar oleh Dr. Abdullah Mun’iem yang berasal dari Sudan. Bagi kursus “Pengajaran Bahasa Arab Berbantukan Komputer” pula diajar oleh Dr. Mohd Hilmi Bin Abdullah manakala bagi kursus wajib iaitu “Pengajaran, Pentaksiran dan Teknologi 2” masih lagi diajar oleh Dr. Ahmed Soleh. Tambahan bagi kursus elektif pula, sue akan belajar kursus “Feqh Munakahat” di bawah Jabatan Pengajian Islam.

Bagi semester baru ini, tiada lain yang sue doa dan harap melainkan semoga diri ini dapat menjadi kuat dan gigih untuk mempelajari sedikit ilmu daripada ilmu Allah s.w.t yang sangat luas…insya Allah, amen =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan